Home » All posts
VIDEO: Pemain Barcelona Selamba Makan Pisang Yang Dibaling Penonton!
PEMAIN pertahanan Barcelona, Dani Alves ternyata mempunyai cara yang tersendiri untuk ‘membalas’ provokasi penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan itu dan Villarreal, semalam.
Entah dari mana, sebiji pisang tiba-tiba dilontarkan oleh penonton ke arahnya sewaktu dia sedang bersedia melakukan sepakan sudut.
Tidak membiarkannya, dia dengan selamba mengutip dan mengupas kulit pisang itu sebelum memakannya.
Dia kemudiannya meneruskan permainan dan Barcelona menang 3-2 pada perlawanan itu.
“Saya tak tahu siapa yang mencampakan pisang itu, tapi saya mahu berterima kasih kepadanya. Ia memberikan saya tenaga untuk membantu pasukan menambahkan dua lagi gol,” ujarnya sejurus selepas perlawanan.
Sebagai tanda sokongan, rakan sepasukannya, Neymar dan juga kekasih Alves, Thaissa Carvalhi telah ‘menyindir’ pihak yang membaling pisang itu menerusi laman Instagram dengan memuatnaik gambar mereka memegang pisang dengan hashtag#weareallmonkeys (kami semua monyet) dan #saynotoracism (katakan tidak pada perkauman).


(Sumber: Daily Mail)
2 VIDEO VIRAL ORANG AWAM 'BERTIKAM LIDAH' DENGAN POLIS TRAFIK
Tiada sesiapa yang suka menerima 'surat cinta' dari polis trafik. Juga tiada sesiapa yang suka mencari pasal dengan undang-undang jalan raya. Tetapi dalam keadaan yang terpaksa memaksa sesetengah orang mengambil tindakan yang mengenepikan undang-undang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Keterpaksaan itu tidak dapat dijadikan sebagai alasan untuk menidakkan diri disaman oleh polis trafik ataupun penguatkuasa sesebuah bandar. Maka wajarlah pihak penegak undang-undang ini mengambil tindakan terhadap mereka.
Dua video viral hari ini menunjukkan 2 situasi yang sangat berbeza. Situasi di antara marah dan tenang.
Video pertama menunjukkan sesorang pengguna jalan raya mengakui kesalahan yang dilakukan olehnya sehingga menyebabkan dirinya disaman oleh polis trafik. Beliau juga memuji tindakan polis trafik yang bernama Mohammad itu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap dirinya. Beliau juga sempat berterima kasih kepada polis trafik tersebut.
Orang seperti ini amat jarang dijumpai. Ikhlas ataupun tidak, itu terpulanglah kepada beliau sendiri.
Berbeza dengan video nombor 2 ini di mana seorang lelaki berbadan besar dan tinggi yang gayanya seperti Psy, sanggup bertikam lidah dengan 2 polis trafik hanya kerana menegur kesilapannya meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya.
Tiada perasaan hormat terhadap polis trafik. Mungkin begitulah sikap lelaki ini apabila berdepan dengan orang lain.
Kepada pengguna jalan raya yang lain, elakkanlah diri dari melakukan kesalahan agar tidak bertemu dengan pakcik2 berpakaian putih ini. - My Media Hub
8 GAMBAR PESAWAT MILIK APFT TERHEMPAS DI PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU
Sebuah pesawat latihan milik Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific (APFT) dilaporkan terhempas di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Pada ketika ini, Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus- lumus mengeluarkan juruterbang yang masih tersepit.
Laporan penuh menyusul...
kredit foto orang awam
VIDEO KEPALA ANAK PECAH AKIBAT TIDAK MEMAKAI HELMET
Pemandangan seperti gambar di atas adalah biasa. Terlalu biasa, bukannya luarbiasa sehingga polis sendiri adakalanya tidak mengambil tindakan terhadap golongan ini. Mungkin ada dua sebab mengapa polis tidak mengambil tindakan,
1. Mereka orang susah, jika disaman, pasti akan lebih menyusahkan.
2. Sifat perikemanusiaan masih ada dalam diri mereka.
Tetapi, penunggang motosikal harus ingat, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberikan anak anda memakai topi keselamatan. Jika tidak, jadilah seperti video di bawah ini:
Sedih melihat si ibu dan ayah meratapi kematian anak mereka. Tetapi, dalam soal ini, kita harus berfikiran terbuka, apa sekali pun punca kemalangan yang membabitkan anak pasangan ini, balik-balik, kesilapannya tetap akan ditujukan pada si ayah dan ibu yang dilihat tidak mengutamakan aspek keselamatan anak mereka.
Tonton video di bawah, moga menjadi pengajaran yang berguna kepada anda.
VIDEO: Pengalaman Ngeri Penunggang Motor Langgar Babi Hutan!
KADANG-KADANG, kemalangan jalan raya tidak hanya berpunca dari kecuaian pemandu atau oleh kenderaan lain semata-mata.
Ia juga boleh dicetuskan oleh faktor lain termasuklah haiwan liar, terutamanya di jalan-jalan sunyi.
Video ini dikongsikan oleh seorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan di Jalan Mersing, Johor Bahru, semalam.
Penyebabnya, seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan.
Akibatnya, mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar haiwan itu sehingga dia jatuh dan tercampak ke atas jalan.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana kereta yang lalu di kawasan itu berjaya mengelak daripada melanggarnya.
Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan, manakala babi hutan itu mati serta-merta. Macam-macam…
(Sumber: Facebook Fadli AfroBoy)
Beginilah Kehidupan Menyedihkan Dalam Penjara Di Afrika
Mengintai di penjara di ibukota sierra lione, Afrika. Mereka hidup sengsara dan tragis di dalam sel. Tanpa perkhidmatan yang baik dan mereka terpaksa hidup bersesak-sesak sepanjang hari. Jumlah dalam satu pejara ini ada sekitar 1000 banduan yang berhuni namun luas penjara itu tidak setanding dengan jumlah banduannya.
Ini adalah mimpi buruk jurugambar Sepanyol Fernando Moleres telah yang memulakan foto-foto dokumentari Sierre Leone pada tahun 2007. Ini bukanlah tempat yang paling teruk di Bumi tetapi ada penderitaan manusia yang jauh melampaui apa yang temui di Penjara Pademba Road ibu negara Sierra Leone, freetown. Tapi di tempat ini, gambar yang penuh kemelaratan, batas-batas, emosi, sel-sel gelap, adalah bukti bagaimana inyanya begitu menakutkan.
Jom lihat bagaimana kehidupan tragis banduan di penjara ini.
TAK SEMPAT BERSANDING, PENGANTIN PEREMPUAN MENINGGAL DUNIA 3 JAM SEBELUM MAJLIS
Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam sebelum majlis persanding mereka bermula semalam.
Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dalam keadaan hidung dan mulutnya berdarah di bilik pengantin di rumah SS3 pada jam 8.30 pagi.
Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
"Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.
"Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.
"Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman," katanya sedih. - KOSMO!
GAMBAR: Lelaki Letup Kekasih Hamil Di China!
Beijing – Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.
Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.
Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.
Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama.
Bagaimanapun, Li dipercayai tertekan selepas enam bulan. Dia menyerang Xu ketika tidur, malah mengugut berkali-kali akan membunuhnya.
Dia memandu di sekitar bandar itu sebelum dijejaki polis yang dihubungi jiran selepas melihat Xu diheret ke dalam kereta teman lelakinya itu, namun ketika itu Li sudah meletupkan kanister gas berkenaan.
Anggota polis berjaya menarik Xu keluar dari kereta itu sebelum memadamkan api dan membawa kedua-duanya ke hospital untuk rawatan. Kecederaan dialami Li amat serius dan dia tidak dijangka dapat diselamatkan.
Bapa saudara Xu, Wu Chin, 47, berkata, keluarganya pernah menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dalam hubungannya dengan Li. – Agensi



Maut Selepas Kemaskini Status ‘Gembira’ di FB
SUDAH banyak kempen yang dilakukan bagi memberi kesedaran tentang bahaya menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.
Mungkin kejadian yang menimpa Courtney Sanford, 32, di Utara Carolina beberapa hari lalu boleh dijadikan pengajaran buat semua.
Dia maut dalam kemalangan yang membabitkan keretanya dengan sebuah lori beberapa saat selepas mengemaskini status Facebooknya yang berbunyi:
‘The happy song makes me HAPPY (Lagu ‘happy’ membuatkan saya GEMBIRA).’

Ia merujuk kepada lagu popular nyanyian Pharell.
Menurut pihak berkuasa, status tersebut muncul di akaunnya pada jam 8.33 pagi dan panggilan kecemasan yang diterima adalah pada jam 8.34 pagi.
Hasil siasatan pada aktiviti di laman sosialnya juga mendapati Sanford pernah memuatnaik gambar ‘selfie’ sewaktu sedang memandu.
Wanita itu mati serta-merta dalam kemalangan itu, manakala pemandu lori, John Wallace Thompson, 73, tidak mengalami sebarang kecederaan.


(Sumber: myfox8.com)













































