Luahan Hati Beto Kusyairy Tentang Nahas DUKE Jadi Viral

Posted by Blog Informasi



Pelakon Beto Kusyairy tampil meluahkan rasa yang terbuku di hati apabila nahas DUKE yang mengorbankan 3 anak beranak menjadi tajuk perbualan orang ramai.

Beto Kusyairy juga memuatnaik gambar bersama anak mangsa yang kini merupakan anak yatim piatu. Beto Kusyairy juga sempat memohon orang ramai untuk memberi bantuan kepada anak-anak mangsa ayng terkorban.

Ini tulis Beto:

Bismillah.. 

Ini Nur Firuza Amira Binti Fairuz Nizam. 7 tahun. Adiknya..Nur Firuza Aqila. 4 tahun. Kini sesatunya ahli keluarga terdekat yang dia punyai sekarang. Kita sedia maklum tentang nahas Duke yang telah mengorbankan kedua ibubapa serta adik bongsunya. Yatim piatu sekelip mata. 

Dari keangkuhan yang membawa kepada penderitaan. Derita kehilangan secara sekaligus serta perit kerinduan yang tak sepatutnya ditanggung oleh anak ini. Benar ianya telah tertulis. 

Namun tak tercapai dek akalku untuk dibayangkan kerinduan & kehilangan yang terpaksa ditempuhnya secara tiba-tiba. Tak sanggup untuk aku memintanya untuk tabah. Tidak juga aku mampu untuk menyuruhnya supaya 'be strong' kerana dia cuma anak kecil yang tak sepatutnya untuk dia menjadi kuat di usia ini. Aku hanya mampu 'be there' & kongsi pilunya walau secubit. Dan secubit itu pun sudah cukup menghirisku pilu apatah lagi buat simanis ini. 

Mari kita sesama bantu. Sebarkan kasih sayang. Mari kita cuba sinari masa depan Amira & adiknya Aqila setakat mana yang kita mampu. Amira & Aqila kini di bawah amanah Faiz yakni adik kepada Allahyarham Fairuz. 

Untuk segala sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Maybank nya di no ini.. 1647 9919 0478(Muhammad Faizznur)

Diharap polis menangkap mereka jika benar suspek bersalah. Semoga hukuman yang setimpal juga dikenakan agar menjadi pengajaran kepada orang ramai.




Post a Comment