VIDEO PEKERJA KFC BIADAP, TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA PELANGGAN

Sebuah video yang memaparkan tindakan seorang pekerja KFC wanita yang menunjuk isyarat lucah kepada pelanggan telah tersebar semalam.
video yang dimuat naik oleh komuniti Cina Ampang tersebut telah menjadi bualan hangat di kalangan pengguna laman sosial Facebook.
Video Pekerja KFC Biadap, Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pelanggan
Video Pekerja KFC Biadap, Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pelanggan
Mereka menyifatkan tindakan tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan imej pengendali makanan segera itu sendiri yang sememangnya terkenal di seluruh dunia.
Kejadian dikatakan berlaku apabila seramai 15-20 orang pelajar telah pergi ke restoran KFC tersebut untuk makan tengah hari.
Kerana jumlah mereka yang ramai mereka telah meminta meja digabungkan meja untuk duduk sekali dan juga meminta pekerja KFC mengemas meja yang masih terdapat saki baki makanan.
Namun, pekerja tersebut tidak membenarkan mereka menggabungkan meja kerana ia dikatakan mengganggu laluan orang lain dan juga boleh menyebabkan pelanggan lain turut berbuat demikian.
Salah seorang dari pelajar tersebut telah mempertikaikan perlukah mereka hendak duduk 4 semeja sedangkan mereka datang ramai secara berkumpulan.
Kerana bertegas untuk menggabungkan meja menyebabkan pekerja KFC itu marah dan berkata lebih “baik awak semua makan di luar.”
Pelajar-pelajar tersebut dikatakan tersentak dengan kata-kata pekerja KFC tersebut dan tidak menyangka mereka dilayan sedimikian.

“Adakah patut dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka macam marah dan seperti tidak suka dengan kehadiran kami,” cerita pelajar berkenaan.
Mereka pada mulanya beranggapan pekerja tersebut mungkin tertekan kerana letih tetapi apa yang pelik wanita tersebut mula mengambil gambar dan video mereka.
“Kami tidak faham, kenapa dia perlu ambil gambar kami? kami pergi ke restoran tersebut untuk menikmati makan tengahhari, apa salah kami buat?

“Salah seorang dari kami pun bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil video pekerja tersebut dan yang mengejutkan dia yang menyedari video diambil telah menunjukkan isyarat lucah kepada kami. Ia sungguh biadap. Kami bayar apa yang kami makan tetapi kenapa kami dilayan sebegini,?” cerita mereka.
Kerana video ini pihak KFC telah tampil meminta pemilik video asal supaya tampil untuk pihak mereka mencapat maklumat lebih lanjut tentang kejadian.
KFC juga telah mengambil langkah-langkah supaya kejadian ini tidak berulang lagi di mana-mana cawangan di seluruh negara.

“Kami komited untuk piawaian tertinggi kecemerlangan dan berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan antara pelanggan dan kakitangan kami pada setiap masa,” komen KFC melalui facebook mereka.

Jom Lihat Cara Proses Membuat Karpet 100% Buatan Tangan

Here you will see the process of making carpets. From extraction of roots to cooking, coloration, and processing tissue thereof. Almost all handmade!























Lukisan Hyper-Realistik Ini Pasti Membuatkan Anda ‘Ternganga’


Kenali Eloy Morales, beliau adalah seniman Sepanyol yang terkenal dengan lukisan hyper-realistik.
Lihat sahaja lukisan beliau dibawah, sekali pandang tentu anda fikir ia adalah gambar yang ditangkap menggunakan kamera bukan?
Morales mewarisi bakat melukis daripada datuknya sendiri. Sejak kecil, beliau sanggup menemani datuknya berjam-jam lamanya untuk melihat apa yang datuknya hasilkan.
Kini beliau antara seniman terbilang yang mampu menghasilkan lukisan luar biasa.
Apa yang menakjubkan, beliau mampu menghasilkan lukisan hyper-realistik yang bersaiz besar hanya dalam masa sebulan!
Hasil seni kreatifnya telah dipaparkan di pelbagai galeri di Eropah dan beliau kini dalam persediaan untuk persembahan solo pertama di Amerika Syarikat.
Perkembangan Eloy Morales boleh dilihat di Facebooknya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut karya seni beliau.
ii
iii
iiii
iiiii
iiiiii
iiiiiii
iiiiiiiii

Mungkin Kisah Honda Ini Boleh Bantu Keputusan Final Anda Yang Biasa-Biasa Menjadi WOW!

Nota Editor : Kisah ini asalnya diterbitkan di fb wall puan Zuraida Noordin, seorang ex-banker yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan pejabat dan juga adalah seorang jurulatih BMC sejak bulan Febuari 2014. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan izin dari penulis asal. Semoga perkongsian ini membuatkan keputusan peperiksaan anda yang biasa-biasa menjadi Wow!

Ketika Soichiro Honda menyambung pelajarannya di Hamamatsu School of Technology, beliau menjadi pelajar yang paling teruk di dalam kelasnya.
Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap bisnesnya menyukarkan beliau untuk fokus di dalam tugasan kelas akibat kepenatan bekerja. Beliau enggan untuk menumpukan perhatian terhadap kuliah-kuliah kejuruteraan yang tidak melibatkan pengetahuan tentang ‘piston rings’.
Beliau juga enggan mencatat nota kuliah serta menghadiri ujian penulisan. Apabila pengetua kolej memberikannya peringatan jika beliau tidak menduduki peperiksaan, beliau tidak akan mendapat diploma, Honda berkata;
“Saya tidak tertarik dengan diploma. Ia tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan. Markah saya tidak sebaik pelajar-pelajar yang lain, dan saya tidak menduduki peperiksaan akhir.
Pengetua kolej berjumpa dengan saya dan menyatakan saya perlu berhenti saja daripada kolej tersebut. Saya menyatakan kepada beliau, saya tidak mahukan diploma; ia mempunyai nilai yang lebih rendah daripada sekeping tiket wayang.
Sekeping tiket wayang sekurang-kurangnya menjaminkan anda dapat masuk ke panggung. Sekeping diploma tidak menjaminkan apa-apa.”
Honda tidak lagi meneruskan pelajarannya dan bertindak menjauhkan diri daripada ‘gakubatsa’ (Sistem Rangkaian Jepun), Honda mencipta sendiri rentak jalannya di dalam bisnes.
Yang paling menariknya, Honda membangunkan bisnesnya dengan gaya pengurusan dan terma yang diciptanya sendiri dan tanpa bantuan daripada kroni!

‘Resume’ Ini Mungkin Boleh Bantu Anda Dapat Pekerjaan!


Anda masih mencari pekerjaan ? Gusar dan tertanya-tanya mengapa anda tidak diterima?
Penulisan resume anda yang nampak terlalu biasa dan sama dengan beribu pemohon lain mungkin menjadi alasan persaingan yang sengit.
Jadi, resume gaya baru di bawah mungkin boleh membantu anda menarik perhatian bakal majikan..

1. Resume ini pasti mengiurkan bagi bakal majikan yang sedang lapar.
d2OCrtflzPN8lWDl

2. Resume ala-ala poster filem.
CIuYoBVl

3. Resume berbentuk permainan maya. Cool kan?
bQZvhkxl

4.  Laaa.. ingatkan komik lawak, rupa-rupanya resume.
s32dAwPl
5. Hah! Resume ala kotak bijirin pun ada.. kreatif betul.
h4p0uVol
qW8LB2Kl

6. Bukan kad kahwin je boleh berupa Facebook, resume pun boleh..
TEjuBD6lMemang lain daripada lain semua resume ini dan amat sesuai terutama jika anda memohon kerja bidang kreatif.
Majikan mesti tersengih melihatnya dan tertarik untuk membawa orang yang berfikir di luar kotak seperti anda memasuki organisasi mereka. Cubalah! - MYNEWSHUB.CC

Bagaimanakah Perasaan Tinggal Di Rumah Berharga USD95 Juta?

BAGAIMANAKAH perasaannya tinggal di kediaman berharga USD95 juta?
Di New York, sebuah bangunan pencakar langit menempatkan penthouse yang bernilai antara USD16.95 juta sehingga USD82.5 juta.
Bangunan setinggi 1,396 kaki ini menempatkan 104  unit kondominium mewah dengan keluasan 30,000 kaki persegi, menjadikan ia bangunan kediaman tertinggi di Western Hemisphere.
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-2
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-13
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-9
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-4
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-5
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-6
Kondominium ini direka oleh Rafael Vinoly dan mengambil masa tiga tahun untuk dibina.
Terletak di tengah-tengah Manhattan, unit paling tinggi menawarkan pemandangan seluruh bandaraya New York, dari Hudson ke East River, Bronx ke Brooklyn dan Central Park ke Lautan Atlantik.
Bangunan ini juga mempunyai restoran mewah dengan teres pemandangan luar, kolam renang dan spa, bilik pemeriksaan, kawasan persembahan, tempat permainan kanak-kanak serta bilik lembaga pengarah.
432-park-avenue-manhattan-residential-tower-architecture-1
Kondominium pencakar langit ini akan mula diduduki tahun depan.
Jadi, jika anda merancang untuk tinggal di New York dan mempunyai akaun bank yang kukuh, jangan lepaskan peluang memiliki sebuah unit mewah ini! – MYNEWSHUB.CC