Sultan Johor : Pelaksanaan Cukai GST Keatas Perkhidmatan Kerajaan Tak Masuk Akal

Posted by Blog Informasi



JOHOR, 7 MEI - Pelaksanaan cukai GST terhadap perkhidmatan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda memetik satu laporan dari MalaysiaKini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga bertitah supaya pihak berkuasa tempatan Johor tidak mengenakan cukai tersebut terhadap rakyat. Selain itu baginda turut bertitah supaya pihak berkenaan mendapatkan pengecualian dari kerajaan persekutuan.

GST telah mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April lalu. - Siakapkeli.my



Post a Comment