20 Gambar Besejarah Yang Sedih, Gembira dan Indah Pada Zaman Dulu

Posted by Blog Informasi

Di bawah kami kongsikan kepada anda gambar-gambar yang mana diambil pada saat berlakunya sesuatu peristiwa yang benar berlaku di seluruh dunia(bukan lakonan semula)
Ia diistilahkan sebagai Historical Moments atau dalam istilah Bahasa Melayu yang membawa maksud detik-detik bersejarah. Mungkin di sebalik gambar yang kami paparkan ini terselit pelbagai mesej dan pengajaran yang berguna untuk kita semua...Ada Jugak Gambar yang aku membuat anda rasa sedih :'(

2
Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki tua, beliau ialah seorang veteran Perang Dunia II dari Belarus. Bernama Konstantin Pronin, kini usianya telah menjangkau 86 tahun. Berehat di sebuah bangku sambil menungu rakan-rakannya di Taman Gorky. Gambar ini diambil sempena Hari Kemerdekaan di Moscow, Rusia pada 9 Mei 2011. Konstantin datang ke tempat ini setiap tahun bersama rakan-rakan seangkatan dengannya, kini hanya tinggal beliau seorang diri disitu kerana rakan-rakannya ada yang telah meninggal dunia.

2
Gambar ini menunjukkan kelihatan 100 galaksi yang dilihat melaui Hubble Deep Field(HDF), gambar yang menakjubkan ini ia menggambarkan kejadian yang sama yang telah berlaku 10 Billion tahun yang lalu.

2
Gambar matahari terbenam di Marikh, yang diambil pada tahun 2005 oleh Spirit Rover.

2
Gambar menunjukkan detik-detik cemas seorang tentera yang sedang berjalan kaki untuk mematikan sebiji bom yang terdapat pada sebuah kereta di Ireland Utara.

2
Wajah Neil Amstrong selepas selesai menjalankan misi menjejakkan kaki di permukaan bulan.

2
Mengikut sumber, gambar ini diambil di saat-saat selepas pelarian Yahudi menyedari mereka bukanlah dihantar kem tahanan, tetapi sebaliknya mereka telah diselamatkan.

 2
Gambar ini menunjukkan seorang lelaki sedang tidur di kaki lima sebuah restoran. Lelaki ini adalah salah seorang dari beribu-ribu rakyat US yang ketiadaan rumah dan hidup dalam gelandangan. Kelihatan dua orang perempuan di dalam restoran tersebut melambai tangan ke arah jurukamera dan menyangka jurukamera sedang merakam gambar mereka.

2
Perhimpunan Nazi di Nuremberg tahun 1937.


2
Foto ni diambil oleh angkasawan Michael Collins yang berada di angkasa lepas pada waktu itu. Beliau mengembara bersama angkasawan Buzz Aldrin dan Neil Armstrong untuk mengorbit, dan mendarat untuk mengkaji permukaan bulan.

2
Kelihatan seorang lelaki warganegara Lithuania yang dalam keadaan terkejut selepas melanggar seorang kanak-kanak berusia 8 berusia secara tidak sengaja.

2
Seorang Pegawai Turki sedang mempermainkan kanak-kanak dari Armenia yang sedang kelaparan sambil menunjukkan kepada mereka sekeping roti. Negara Armenia ketika itu sedang mengalami krisis melibatkan pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1915 dan gambar ini telah membangkitkan kemarahan dan kutukan dari seluruh penduduk dunia.

2
Apa yang pelik pada gambar ini? Seorang ahli politik di Filipina telah merakam gambar ini sejurus sebelum mereka diserang.

2
Jika anda amati gambar ini, kelihatan dua jurutera meninggal dunia ketika kincir angin di mana mereka sedang bekerja, terbakar. Ini mungkin gambar terakhir yang diambil sewaktu mereka masih hidup. Gambar diambil pada 29 Oktober 2013 di Belanda.

2
Seorang sami berdoa untuk seorang lelaki yang mati di dalam kawasan perhentian Stesen Keretapi Taiyuan Shanxi, China. Lelaki itu meninggal dunia secara tiba-tiba atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

2
Seorang gadis kelihatan sangat sedih dan kecewa selepas tragedi Tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011 yang lalu.

2
Tanah pasir Oren Sossusvlei di Namibia.

2
Seorang budak lelaki cuba membangunkan ayahnya yang sedang mabuk.

2
“Orang Yahudi terakhir dalam Vinnitsa” – Ahli Einsatzgruppe D (Kumpulan Nazi SS Skuad kematian) sedang menunggu untuk menembak seorang lelaki Yahudi terakhir, lelaki ini kelihatan sedang melutut di hadapan lubang yang dipenuhi dengan mayat yang dibunuh secara besar-besaran, di Vinnitsa, Ukraine. Kejadian ini berlaku pada pada tahun 1941, seramai 28,000 orang Yahudi dari Vinnitsa dan kawasan sekitarnya telah dibunuh.

2
Kelihatan seorang lelaki sedang menghubungi talian Hotline Bunuh Diri (Suicide) Golden Gate Bridge Jambatan ini sememangnya amat popular sebagai lokasi tempat untuk membunuh diri.

2
Pemandangan awan yang sedang beralun di sebuah pinggir desa di Eropah



Post a Comment