VIDEO: Rakaman CCTV Pelajar UniMAP Maut Jatuh Bagunan

Posted by Blog Informasi



ALOR STAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas terjatuh dari tingkat enam bagunan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di sini pada Ahad lalu.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang di mana mangsa, Mohd Nur Hadi Hamdan, 18, yang sedang melompat untuk diambil gambar tetapi kakinya telah tergelincir semasa cuba meniti tebing bagunan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sulatanah Bahiyah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi sebelum disahkan meninggal dunia selepas koma selama 24 jam.

“Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa akibat kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,”katanya.





Post a Comment