Bayi Cedera Dipercayai Digigit, Dicakar Ketika Dalam Jagaan Pengasuh

Posted by Blog Informasi




KUALA LUMPUR, 7 MEI: Seorang bayi yang baru berusia lima bulan mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan juga telinga dipercayai akibat digigit serta dicakar ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah taska di Pandan Indah, semalam.

Bayi berkenaan, Nur Ameena Nabila(gambar) mengalami luka di hampir keseluruhan wajah selain dari pergelangan tangan kanan dan juga di telingan.

Bapa bayi berkenaan, Ahmad Mat Seman, 44, berkata kejadian itu diketahui olehnya selepas dimaklumkan oleh pengasuh yang menghubungi isterinya pada 1.45 petang yang meminta agar beliau mengambil anaknya.


"Sebaik tiba, saya terkejut melihat keadaan anak yang penuh luka kesan gigitan dan calar. 

"Saya kemudian meminta penjelasan daripada wanita itu dan dia hanya memberitahu anak saya digigit dan dicakar kanak-kanak lain ketika sedang membancuh susu," katanya memetik laporan dari Berita Harian.

Menurut Ahmad, kejadian mungkin berlaku lebih sejam sebelum dia diberitahu oleh pengasuh terbabit berikutan terdapat kesan darah kering pada telinga dan juga di selimut anak beliau.

Laporan polis telah dibuat oleh beliau di Balai Polis Pandan Indah sebelum membawa anaknya ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my




Post a Comment