10 Bandar Mati Yang Paling Menakutkan Diseluruh Dunia

Posted by Blog Informasi

Di bawah ini dipaparkan beberapa buah bandar yang tiada penduduk sama sekali kerana pelbagai bencana dan sebab yang lain, sehingga bandar tersebut ditinggalkan. Bandar – Bandar itu kini menjadi tempat yang ngeri dan sering disebut Bandar Hantu atau Bandar Mati.


1. Kolmanskop (Namibia) : Dikubur dalam Pasir.

Image


Bandar mati di selatan Namibia, beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz.. Pada tahun 1908, Luderitz menjadi tempat pengeluaran berlian, dan banyak orang dari seluruh tempat menuju ke padang pasir Namibia untuk mendapatkan kekayaan dengan mudah. Dalam dua tahun terciptalah sebuah kota yang megah lengkap dengan segala prasarananya seperti kasino, sekolah, hospital dan juga dengan bangunan tempat tinggal yang eksklusif yang didirikan ditempat yang dulunya tandus dan merupakan padang pasir. Tetapi setelah perang dunia pertama, jual beli berlian menjadi terhenti, Ini merupakan titik berakhirnya hayat Bandar ini. Sepanjang tahun 1950 kota ini mulai ditinggalkan.


2. Prypiat (Ukraine): Rumah pekerja loji nuklear Chernobyl


Image


Kota besar di kawasan yang terasing di Ukraine Utara, merupakan kawasan perumahan para pekerja loji Nuklear Chernobyl. Kawasan ini menjadi bandar mati sejak terjadinya bencana nuklear Chernobyl yang menelan hampir 50 000 jiwa. Setelah bencana itu, lokasi ini dijadikan seperti sebuah muzium, yang menjadi sebahagian dari lipatan sejarah Soviet.


3.San Zhi (Taiwan): Tempat peranginan yang futuristik


Image

Image


Disebelah Utara Taiwan, terdapat sebuah kawasan yang futuristik hendak dibangunkan (ala- ala Genting Highland la ni..), pada awalnya dibangunkan sebagai sebuah tempat peranginan yang mewah bagi orang kaya. Bagaimanapun, setelah terjadi banyak kecelakaan yang dasyat pada masa pembangunannya, akhirnya projek tersebut dihentikan. Setelah mengalami kesulitan dari segi dana dan para pekerja, akhirnya pembangunan kawasan peranginan tersebut dihentikan ditengah jalan. Desas-desus kemudian mengatakan kawasan tersebut menjadi tempat tinggal para hantu, dari mereka yang sudah meninggal.


4. Craco (Itali): Kota zaman pertengahan yang mempesona


Image

Terletak di daerah Basilicata dan Wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Bandar zaman pertengahan ini mempunyai kawasan yang berbukit – bukit dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya.

Antara tahun 1959 dan 1972 Craco selalu dilanda gempa bumi dan tanah gelongsor . Pada tahun 1963 penduduk sekitar dipindahkan ke suatu lembah dekat Craco . Sehingga sekarang, bandar craco masih tidak berpenghuni



5. Oradour Sul Glance (Perancis): kekejaman Perang Dunia II


Image

Image


Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis ini mempunyai imej yang sangat mengerikan. Selama perang dunia ke II, 642 penduduk dibunuh oleh tentara Jerman sebagai bentuk balas dendam keatas apa yang dilakuan Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di dekat Oradour Sul Glane tetapi rancangan mereka berubah dengan menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944.


6. Pulau Gunkan Jima (Jepun) : Pernah menjadi populasi terpadat di dunia


Image

Image


Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tak berpenghuni di Nagasaki. Dan jaraknya sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini dikenal sebagai “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. Pada tahun 1890 ketika suatu perusahaan (Mitsubishi) membeli pulau tersebut dan membangunkan projek untuk mendapatkan arang batu dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Di tahun 1916 mereka membangun bangunan dari konkrit bersaiz besar yang pertama di pulau tersebut iaitu sebuah blok apartment untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan

Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut bertambah dengan kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan, menjadikan pulau itu mempunyai populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia. Ketika minyak tanah menggantikan arang batu tahun 1960, harga arang batu mulai merudum, tidak terkecuali di Gunkan Jima, pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan industry tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut. Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai setting filem “Battle Royal II”



7. Kadykchan ( Rusia ) : jatuh bersama Soviet Union


Image



Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur semasa runtuhnya Soviet Union. Penduduk Bandar itu keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk tinggal di kota lain dan berpindah ke rumah baru. Bandar dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata berkerja sebagai pelombong bijih timah ini meninggalkan rumah mereka dengan segala perabot dan barang – barangan perhiasan rumah mereka.


8. Kowloon ( Hongkong ) : tiada undang – undang disini!


Image


Bandar besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Dulunya diduduki oleh Jepun selama perang dunia II, yang kemudiannya diambil alih oleh penduduk liar setelah Jepun menyerah kalah. Pemerintahan Inggeris mahu China bertanggung jawab terhadap Bandar ini, kerana Bandar tersebut menjadi Bandar yang tiada beraturan dan tidak taat pada peraturan pemerintah. Populasi yang tidak terkawal, bangunan yang sangat tinggi sehingga cahaya matahari tidak dapat menembusi Bandar itu. Seluruh kota disinari dengan lampu neon dan dipenuhi dengan rumah pelacuran, kasino, dadah dan kilang – kilang rahsia yang tidak diketahui oleh pihak berkuasa. Keadaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1993, apabila pihak berkuasa Inggeris dan China mengambil kembali Bandar itu dan memindahkan penduduk disitu.


9.Varosha ( Cyprus) : Dibiarkan usang setelah dijajah


Image



Varosha adalah sebuah daerah yang tidak diakui oleh Republik Cyprus Utara. Ketika tentera Turki menguasai daerah tersebut pada tahun 1974, mereka menjaga dan memagari daerah tersebut, sesiapa tidak dibenarkan keluar masuk kota tersebut tanpa kebenaran dari tentera Turki dan tentara PBB. Rancangan ini untuk mengembalikan Varosha ke tangan pihak Greece, namun rancangan tersebut tidak pernah dilaksanakan. Hampir selama 34 tahun kota tersebut dibiarkan dan tidak ada pembaikan dilakukan. Perlahan – lahan bangunan dikawasan tersebut hancur, besi mulai berkarat, jendela mulai pecah, dan akar-akar tumbuhan menembusi dinding dan bumbung.

10 . Kota Agdam ( Azerbaijan ): Ditinggal akibat tempias peperangan


Image



Bandar besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai sehingga 150 000 orang. Namun populasi ini kemudiannya hilang pada tahun 1993 sepanjang perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak menjadi pengkalan bagi peperangan, namun kota ini tetap mengalami kesan dari perang tersebut. Pemberontak Armenia menceroboh dan merosakkan Bandar tersebut. Bangunan-bangunan yang dirosak akhirnya ditinggalkan oleh penghuninya, hanya tinggal masjid-masjid yang masih teguh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke negara lain seperti Iran.



Post a Comment