Kerana Terlalu Didesak Berkahwin, Guru Agama Bertindak Nekad Bunuh Kekasihnya

Posted by Blog Informasi



KUALA LUMPUR: Kerana selalu didesak supaya berkahwin dengan seorang janda beranak empat, seorang guru agama bertindak nekad membunuh wanita tersebut di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata mangsa Nur Salina Nazir, 34, merupakan seorang peniaga online.

“Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri,” katanya dipetik Astro Awani.

Gurut agama tersebut telah berajaya diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.

“Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya,” katanya.

Menurut Supramaniam lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. -



Post a Comment