Lelaki Maut Dan Isteri Parah Selepas Ditetak Oleh Abang Sendiri

Posted by Blog Informasi



SHAH ALAM: Seorang lelaki maut manakala isterinya pula cedera parah selepas ditetak ketika berada di kediaman mereka di Seksyen 36, di sini, petang semalam.

Mangsa yang meninggal, Gunalan a/l Munisamy dan isterinya Maliga a/p Varasamy dipercayai telah diserang oleh abang kepada Gunalan.

Kejadian dikatakan berlaku pukul 6 petang di mana Gunalan telah ditemui dengan berlumuran darah dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa telah ditemui oleh seorang lagi abangnya yang datang ke rumah mereka untuk menjemput isteri mangsa.

"Suspek melarikan diri sejurus kejadian berkenaan dan kami sedang mengesannya dan menyiasat punca sebenar kejadian.

"Mangsa dan isterinya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat dan rawatan lanjut," katanya.

Dari pemeriksaan pihak forensik didapati si mati mengalami kecedaraan tetakan teruk di peha, kaki kiri, lengan tangan kiri dan lima bekas tetakan di belakang kepala.

Pihak polis kini sedang giat memburu suspek iaitu Nageswaran a/l Munisamy, orang ramai yang ada maklumat tentang kejadian bolehlah tampil ke balai berhampiran



Post a Comment