Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

Nanning Gym Pusat Latihan Paling ‘Kejam’ Di China (7 Gambar)


Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa negara China kerap menjuarai dan memenangi pingat di sukan Olimpik malah seringkali menjuarai kejohanan bertaraf dunia.
Bukan hanya disiplin yang diterapkan, malah kekerasan digunakan dalam melatih para pelapis ini untuk membiasakan diri mereka dengan latihan yang begitu ekstrim ini.
Berdasarkan laporan dari laman DailyMail.UK, kebanyakan pelajar di pusat latihan ini berusia lingkungan 5 tahun, mereka perlu menjalani latihan ini setiap hari untuk bergelar seorang ahli gimnastik yang handal. Jurulatih akan memijak kaki mereka tiap hari untuk membuatkan kaki lebih lurus dan lentur dan yang pasti keperitan yang dialami memang tak dapat digambarkan bagi kanak-kanak di usia ini.


2

2

2

2

2

2
Nanning Gymnasium adalah satu-satunya tempat yang melatih atletnya untuk menjadi seorang yang sangat-sangat berdisiplin.
Walalupun latihan yang diberikan begitu keras dan adakalanya dianggap kejam, ibu-bapa di negara tersebut sanggup menghantar anak mereka mengikuti latihan disini kerana mereka percaya dengan cara inilah anak mereka bakal bergelar seorang atlet professional kelak.
----> SUMBER

Kucing Di Dera Dengan Kejam Kerana Mirip Hitler


Seekor kucing didera secara kejam bahkan matanya sebelah jadi buta. Ini berlaku di Kota Gloucestershire, United Kingdom. Haiwan itu disakiti sebab mempunyai misai mirip pemimpin Nazi Adolf Hitler.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, kucing bernama Baz ini mempunyai bulu hitam di bawah hidung seperti misai Hitler. Pemiliknya Kirsty Sparrow kesal hal itu terjadi pada haiwan kesayangannya.

Baz ditemui di tempat sampah dengan beberapa kecederaan parah oleh jiran Sparrow. Pemiliknya membawanya ke klinik haiwan untuk dirawat dan doktor haiwan terpaksa membuang satu mata Baz sebab lukanya sangat parah.

Sparrow yakin kucingnya telah menjadi sasaran mereka anti-Nazi. "Kebencian telah membuat mereka menyakiti Baz," ujar Sparrow.

Baz telah hilang selama beberapa hari hingga Sparrow memuat naik fotonya di jejaring sosial Facebook dan menuliskan jika ada yang melihat kucing itu supaya menghubunginya.

polis Gloucestershire akan menyiasat kes ini. Pelakunya boleh dikenakan dengan hukum menganiaya haiwan.

Sumber

Gambar Terakhir Seorang Pelajar Sekolah Dalam Kandang Harimau Putih Sebelum Maut Diserang

Seekor harimau putih menerkam seorang pelajar sekolah dan membahamnya di sebuah zoo di New Delhi semalam.
Menurut laopran daripada Republika Online, saluran-saluran televisi menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut ketakutan di dalam kandang yang menempatkan enam ekor harimau putih, bersama singa dan harimau kumbang. “Kami semua sangat terkejut,” kata Pengarah Taman Zoo Kebangsaan Amitabh Agnihotri di ibu kota India, beliau menambahkan bahawa mayat pelajar tersebut akan dihantar untuk dibedah siasat.
Pelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut. Gambar AFP, September 23, 2014.
Pelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut. Gambar AFP, September 23, 2014.


“Harimau menerkam pelajar lelaki itu dan membunuhnya. Saya tidak jelas apakah dia melompat masuk ke dalam kandang atau tak sengaja tergelincir.”

Pihak berkuasa belum memastikan apakah pelajar itu datang sendiri atau bersama teman-temannya. “Penghadang ini terlalu rendah dan nampaknya seperti harimau itu menyambar mangsa ke dalam kandangnya dan menerkam pelajar itu di lehernya,” kata seorang saksi yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.
“Kami cuba melempar batang kayu dan batu ke arah harimau putih berkenaan namun gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dengan menambahkan harimau itu membunuh pelajar tersebut dalam tempoh kurang dari 10 minit.
Pada 2000 seekor harimau menerkam seorang lelaki di sebuah zoo di wilayah timur, Bengal Barat. Pada 2011, India memiliki 1.706 ekor harimau atau lebih dari separuh populasi yang terdapat di seluruh dunia.
- Harian Blogger

Lelaki Ketagih Makan Kucing. Apa Salahnya Makan Kucing Katanya

Andernach (Jerman): Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.
“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.
Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.
Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”

Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.
“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.
Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’
“Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi

BAYI DALAM PEMBETUNG DI CHINA

BAYI itu terperangkap dalam saluran paip.
Linyi (China): Seorang bayi baru lahir ditemui di dalam paip pembetung di sebuah universiti di sini selepas seorang pelajar melahirkannya dan melarikan diri.

Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini.

Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat.

Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis.

“Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama,” kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang.

Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat.

Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan.

Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. - Agensi  ------> SUMBER



Datuk Bunuh Anak Perempuan Dan Enam Cucu


FLORIDA: Seorang datuk bertindak kejam membunuh anak perempuan dan enam cucu menggunakan senapang sebelum menembak diri sendiri di Pekan Bell di sini.
Lelaki berusia 51 tahun itu, Don Charles Spirit didakwa membunuh cucu-cucunya yang berusia lingkungan tiga bulan hingga 10 tahun.
Polis tempatan mendedahkan, pihaknya telah mendapat panggilan daripada suspek yang membuat ancaman terhadap keluarganya sebelum kejadian.
Polis dalam tweetnya turut mengesahkan bahawa enam kanak-kanak telah meninggal dunia akibat dibunuh.
Katanya, tragedi itu merupakan insiden ngeri buat polis di pekan tersebut.
Pekan Bell mempunyai populasi lingkungan 350 orang.

PASANGAN CUBA JUAL ANAK LUAR NIKAH DENGAN HARGA RM200


Rabat: Sepasang suami isteri menawar menjual bayi yang dilahirkan anak mereka berusia 15 tahun hasil hubungan luar nikah dengan seorang lelaki pada harga kira-kira RM200.

Menurut akhbar tempatan, polis menahan suami isteri itu selepas menerima laporan mereka cuba menjual bayi berkenaan di tempat awam di Safru, bandar di tengah Maghribi.

Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas menandatangani ikrar untuk tidak meneruskan rancangan itu sementara anak mereka ditangkap untuk dibicarakan atas tuduhan mengadakan seks luar nikah dengan teman lelakinya.

Media tempatan memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata, pihak berkuasa akan menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat. - Agensi

sumber