Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts

10 Tips Menjadikan Bateri Telefon Android Bertahan Lebih Lama

Kita semua menghadapi masalah yang sama. Telefon pintar kehabisan bateri dalam tempoh sangat singkat.
Bagi para pengguna peranti Android, anda mungkin akan merasai telefon anda menjadi semakin cepat kehabisan bateri setelah digunakan beberapa bulan. Perkara ini mungkin kerana beberapa perkara, termasuk kerana kapasiti bateri semakin berkurangan, selain apps yang sentiasa hidup pada telefon. Artikel kali ini kami kongsikan kepada pengguna Android, bagaimana memaksimumkan jangka hayat kuasa bateri supaya ia boleh bertahan lebih lama.
Note: Tips ini menggunakan Android 5.0.2 Lollipop.
1. Brightness level, Screen’s Sleep Time

Ini tips paling penting terutama kepada anda yang memiliki paparan telefon bersaiz besar. Tetapkan kecerahan paparan skrin anda pada tahan 50% atau lebih rendah, ini akan mengurangkan pengunaan tenaga sekaligus memanjangkan jangka hayat bateri. Anda boleh tetapkan kecerahan paparan skrin dengan menurunkan paparan notifikasi menggunakan teknik two-finger swipe down atau Settings > Display > Brightness level.
Anda juga disarankan menetapkan screen’s sleep time kepada 15 saat.
2. Built-in Battery Monitor 
Aplikasi yang disorokkan tapi tidak dimatikan akan menggunakan tenaga yang banyak tanpa anda sedar. Untuk pengguna Android, ada cara mudah untuk anda kesan. Pergi ke Settings > Battery, dari situ anda akan lihat peratus tenaga yang digunakan oleh setiap aplikasi. Ini memudahkan anda mengenalpasti aplikasi yang patut dimatikan apabila berada di luar sepanjang hari.
3. Battery Saver Mode
Tidak semua telefon pintar memiliki power savings mode, antara kami tahu adalah Samsung, Sony, Motorola and HTC. Jika anda menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop, anda boleh menggunakan Battery Saver Mode, yang mana akan memberi anda jangka hayat tenaga sehingga 90 minit. Pergi ke Settings > Battery > Battery Saver untuk aktifkan.
4. NFC Dan Bluetooth

NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat, konsep mekanismanya sama seperti penghantaran dan penerimaan data melalui Bluetooth namun dengan beberapa ciri-ciri yang tidak terdapat pada Bluetooth. Seperti aplikasi lain, jika tidak digunakan lebih baik dimatikan kerana ia akan menggunakan tenaga setiap masa. Anda boleh matikan NFC melalui Settings > Wireless & networks > NFC.
5. Gunakan Wallpaper Yang Gelap
Terdapat dua jenis paparan skrin di pasaran, LCD dan AMOLED. Untuk pengetahuan anda, LCD menggunakan backlighting system yang mana keseluruhan pixel skrin akan menyala secara serentak. Berbeza dengan AMOLED, ia menggunakan individually lit, hanya pixel yang bewarna sahaja menyala manakala yang pixel yang gelap tidak akan menyala. Ini secara tidak langsung mengurangkan penggunaan tenaga untuk menyalakan setiap pixel. Jika telefon anda menggunakan paparan skrin jenis AMOLED, disarankan menggunakan latar belakang gelap.
6. GPS/location tracking
Aplikasi seperti Google Maps, Swarm dan Yelp akan menggunakan location tracking untuk mendapatkan data terkini anda. Tapi jika anda jarang menggunakan aplikasi ini, kami sarankan anda matikan kemudahan GPS. Pergi ke Settings > Location.
7. Disable gimmicky gestures/features
Salah satu kemudahan yang jarang digunakan seperti eye-tracking atau air gestures. Anda boleh matikan melalui Settings app.
8. Vibration Dan Bunyi Lain-Lain
Settings > Sound & notification > Other sounds
9. Widget

Anda boleh mematikan Widget dengan menekan ia selama 3 saat. Seterusnya hantar ke “Remove”
10. Animations

Tahukah anda setiap animation yang dipaparkan pada skrin telefon akan mengunakan tenaga bateri yang tinggi? Anda sebenarnya boleh mematikan fungsi ini melalui “developer option” Settings > About phone seterusnya pergi ke Build number dan tekan sebanyak 7 kali.
kembali semula ke paparan sebelumnya. Anda akan dapat lihat pilihan baru iaitu “Developer options”. Klik dan pergi ke bawah sehingga anda jumpa“Window animation scale,” “Transition animation scale” dan “Animation duration scale.” Matikan ketiga-tiga fungsi ini. Tahniah, bateri anda akan bertahan lebih lama!
Anda ada tips lain yang boleh digunapakai? Kongsi dengan kami melalui ruang komen.
Rujukan : Mashable

IPHONE 6 : DULU #BENDGATE, KINI #HAIRGATE


Jika sebelum ini, iPhone 6 mencetus kontroversi setelah beberapa pengguna mendakwa ia melengkung kerana diletakkan di dalam poket, kini timbul pula isu lain apabila beberapa pengguna mendakwa telefon itu menarik beberapa rambut mereka sehingga putus ketika mereka melekapkan telefon itu ke telinga mereka untuk menjawab panggilan.

Beberapa status dari Twitter mendakwa penyebab perkara itu berlaku adalah ruang kecil yang wujud diantara kaca skrin dan aluminium di belakang telefon itu.


Jika masalah iPhone melengkung diberi nama #BendGate, masalah ini pula diberi jolokan #HairGate.

http://www.siakapkeli.com/

Bagaimana Menyemak iPhone Terpakai Yang Ingin Dibeli Anda Adalah Set Curi Ataupun Sebaliknya?

Pasaran untuk telefon pintar terpakai boleh dikatakan antara pasaran yang besar, dan terutamanya untuk iPhone, ia mempunyai permintaannya yang tersendiri. Perkara ini sekaligus membawa kepada beberapa kesan negatif, dimana salah satunya adalah iPhone dicuri dan dijual semula kepada pemilik baru.
Pengguna iPhone sedia ditawarkan dengan fungsi untuk mematikan telefon pintar mereka sekiranya dicuri atau hilang, sekaligus membuatkan ia tidak boleh digunakan oleh pembeli baru. Terdapat beberapa pembeli baru yang selalunya membuat pembelian melalui talian tidak berpeluang menyemak telefon tersebut secara terus, dan sering tertipu apabila menerima set yang telah dikunci pemilik asal.
iCloud Activation Lock
Untuk mengatasinya, kini pihak Apple menyediakan sebuah aplikasi berasaskan web, dinamakan sebagai Activation Lock. Menggunakannya, pengguna boleh menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu peranti tersebut telah dikunci oleh pemilik asal atau sebaliknya.
Menggunakannya, pengguna hanya perlu memasukkan kod IMEI atau nombor siri telefon atau iPad yang ingin dibeli, dan Apple akan memaparkan status peranti tersebut sama ada dikunci ataupun sebaliknya.
iCloud Activation Lock
Sekiranya ia dikunci, Apple akan memaparkan mesej mengatakan Apple ID pengguna asal akan diperlukan untuk menggunakan dan mengaktifkan peranti berkenaan. Sebaliknya, sekiranya peranti tersebut tidak dikunci, maka Apple akan memaparkan mesej yang mana peranti tersebut sedia digunakan oleh pengguna baru tanpa sebarang masalah.
Fungsi ini sekaligus membolehkan pengguna mengelak daripada terbeli telefon yang terkunci disebabkan oleh iPhone tersebut hilang atau dicuri daripada pemilik asal.


- Amanz.my

KOS UNTUK MEMBUAT SEBUAH IPHONE 6 DIRUNGKAI


Baru-baru ini, Apple Inc telah merasmikan gadget terbaru mereka iPhone 6 dengan harga US$ 649 atau sekitar RM 2,400 bagi pasaran Malaysia.

Tapi tahukah anda berapakah sebenarnya kos yang ditanggung oleh Apple bagi sebuah iPhone 6? Baru-baru ini, blog teardown.com telah membongkar berapakah kos sebenar yang ditanggung oleh Apple bagi sebuah iPhone 6.

Teardown.com telah membuka iPhone 6 dan meneliti satu persatu komponen dalam gadget tersebut dan membandingkan harga komponen itu dengan harga pasaran. Berikut adalah senarai harga komponen secara kasar oleh teardown.com.

Processor Apple A8 (Qualcomm) - US$ 59.5 (RM192)
Skrin Sesentuh - US$ 41.5 (RM 134)
Komponen perhubungan (Wifi, Bluetooh, cellular, etc) - US$ 40.5 (RM130)
Kamera - US$ 16.5 (RM53)
Memori & Storage - US$14 (RM45)
Bahan luaran & kos produksi - US$ 77 (RM249)

Anggaran kos bagi sebuah iPhone 6 adalah hanya RM 803! Dan dalam matawang dollar, hanya US$ 249. Jika benar kos yang dibongkarkan oleh Teardown.com, ini bermakna Apple menawarkan harga dua kali ganda lebih mahal dari harga kos!

Tapi perlu juga diingat kos seperti warranti dan juga penyeliaan juga diambil kira dalam RM 2,400 yang dilaburkan atas sebuah iPhone 6 - SiakapKeli.com

44 JAM BERATUR UNTUK IPHONE 6 DEMI SELAMATKAN PERKAHWINAN


Bristol: Seorang lelaki sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli telefon iPhone 6 dalam usaha menambat semula hati isterinya.

Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, hampir dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual. 

Dia antara yang berada di barisan depan sebelum orang lain beratur kerana mahu memastikan dia dapat membeli telefon itu. 

Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.


“Selepas 20 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya bulan lalu kerana saya bukan suami dan bapa yang baik.


“Saya banyak melakukan kesilapan. Saya mahu meminta maaf kepada isteri dan anak saya.” 

Selepas membeli iPhone pertama untuk isterinya beberapa tahun lalu, Wloddasri berharap model terbaru itu akan menggembirakannya, sekali gus bersedia untuk memaafkannya. - Agensi
---------> SUMBER