Showing posts with label Sejarah Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Malaysia. Show all posts

Pandangan Yahudi: "Melayu Bangsa Misteri.."

Tahukah anda bahawa Yahudi telah lama memerhatikan sejenis bangsa yang tinggal di Nusantara. Mereka dikenali sebagai: 'MELAYU' ! Bangsa ini sentiasa sahaja terselamat dari ancaman mereka. Telah beberapa kali mereka cuba mencetuskan huru hara tetapi akhirnya terselamat juga atas kehendak Allah. Harus diingat mereka tidak pernah berputus asa.
Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman. Kenapa Kaum Pathan? Kenapa Arab? Sebabnya mereka ini pengganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.
Melayu Bangsa Misteri

Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam ataupun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai "pengganas" dan membuat helah untuk menghancurkannya.
Bangsa Melayu
Di dalam satu hadis Qudsi, Allah Rabbul Izzati ada menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku". Selagi kita berusaha ke arah positif, Tuhan akan membantu kita. Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka, umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta, gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan. Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka. Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA. Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA. Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka. Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.
  Bansa Melayu
Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah. Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun. Mereka berusaha dari segi spiritual dan material. Secara kerohanian dan sains teknologi. Dan hasilnya seperti hari ini, di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka. Tetapi Iblis masih tidak berpuashati. Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil. PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis, Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN. Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?
Jika anda sedar hakikat misteri ini, terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini. Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan, negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir. Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.
Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka. Ya, sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam. Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika. Selepas target pertama, bersedialah target yang kedua. Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?
Ia adalah BANGSA MELAYU. Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun, jujur dan misteri sikap mereka. Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini. Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi, tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab. Lain karakter sesuatu bangsa, maka lainlah pelan tindakan mereka. Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli, alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union. Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.

Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini. Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini. Anda tahu, setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.
Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi, panas baran, berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati (mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi. Pisahkan mereka dari Islam, dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu. Amat senang formula ini. Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.
Bangsa Melayu bersifat pendiam, sensitif, jujur, menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri), banyak memendam rasa, amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif. Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini. Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.
Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini. Anda boleh fikirkan sendiri. Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak, apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir. Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM! Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu. Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka, Muhammad yang mulia.
Ini adalah amat menarik, tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina, Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah? Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?
Bangsa Cina, Amerika dll semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka. Memang mereka hebat, rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia , tetapi ingat! Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis. Sekatan Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini. Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi 'The Hidden Hand'. Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis? Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina? Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR. Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.
Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme. Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry. Dan 'patsies' dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran. Mengapa? Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.
Dua bangsa ini, Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama; rajin,kuat usahanya, pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi), pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu). Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah, bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan. Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.
Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali. Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah, sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing, malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.
Apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan. Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.
SINGA-PURA (Pulau Singa)

Pemimpin-pemimpin Singapura adalah hamba Dajal Illuminati.
Mereka sudah sekian lama bekerja untuk pihak The Hidden Hand. Musuh mereka adalah MELAYU ISLAM yang teramat degil untuk ditundukkan. Rancangan mereka untuk memusnahkan Melayu pada 13 mei 1969 (angka 13 dan 69 mempunyai maksud khas bagi sihir Gematria Yahudi) gagal akibat proksi mereka dari kalangan orang Cina  di sini masih gerun dan trauma dengan mistik aneh Melayu seperti parang terbang dan alter amok yang tiba-tiba meresap ke dalam setiap pemuda Melayu ketika itu (rujuk Datuk Harun Idris dan pasukan misteri dari Sg. Manik). Jadi plan secara halus telah dilaksanakan seperti memcahbelahkan Melayu, menjauhkan Melayu dari Islam dan merosakkan moral Melayu.
Yahudi teramat senang dengan Cina Singapura terutama keturunan Lee yang sekian lama menjilat kaki tuan mereka dari kalangan Yahudi dan Illuminati penyembah Iblis (keturunan Lee adalah salah satu keluarga elit Illuminati penyembah Iblis). Lain pula halnya dengan Melayu yang teramat degil malah benci pula dengan Yahudi Zionis. Sila lihat pola ini: Israel yang kecil di tengah-tengah negara2 Arab dan Singapura yang kecil di tengah-tengah negara-negara Melayu. 

Berikut Adalah Asal Usul Nama Negeri Di Malaysia, Anda Berasal Dari Mana ?

1. Selangor
3
Kuala Selangor

Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

1
Peta Negeri Selangor

2. Johor
2
Masjid Johor Bahru

Nama silam Johor adalah “Ujung Tanah”, sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama “Wurawari”, ianya adalah istilah jawa yang bermaksud “Air Jernih”.
Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, “Hujung Medini”(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu “Jauhar” yang membawa maksud “Permata”.

2
Peta Negeri Johor

3. Kedah
2
Kuala Kedah

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah “Kilah”, “Kalah” atau “Qalha”. Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai “Kataha” atau “Kadara”, sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai “Kadaram” atau “Kalaram”.
Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan “Kheddah” yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki” dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

2
Peta Negeri Kedah

4. Kelantan
2
Kota Bharu, Kelantan

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan “Thana” yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah “Kolithana” yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai “Kolamtanah” atau “Kolamtam” yang akhirnya menjadi Kelantan.
Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai “Ko-lo”. Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu “Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”.
Sementara dalam peta De’eredia, wujud nama “Calantan Rio”, sementara peta selainnya disebut “Calantan”, “Calantam” dan “Calantao”. Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.

2
Peta Negeri Kelantan

5. Melaka
2
Christ Church Melaka

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya.
Dalam naskah lama “Sejarah Melayu” memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah “Malakat” atau “Mulagah” yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud “pusat / tempat perdagangan “. Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai “Malayakolam” atau “Malayaka” yang membawa erti “negeri orang melayu”.

2
Peta Negeri Melaka


6. Negeri Sembilan
Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat
Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:
1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol

2
Rumah Minangkabau yang terletak di Negeri Sembilan


2
Peta Negeri Sembilan

7. Pahang
3
Bandar Kuantan, Pahang

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud “timah” yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.
3
Peta Negeri Pahang

8. Perak
2

Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.

2

9. Perlis
2

Perlis dahulunya dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan”, dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu “Tok Perlis”. Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam “Phrau Loi” yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan “Phrau Loi” ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi “Perleh”.

3


10. Pulau Pinang

3
Bandar Georgetown, Pulau Pinang

Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama “Prince of Wales” oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.

3
Peta Pulau Pinang

11. Terengganu

2
Kuala Terengganu

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata “terangnya genu” atau maksud lainnya “terang sampai ke sana”.
Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai “Taring anu”, sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai “Sungai Taring Anu”.

3
Peta Negeri Terengganu

12. Sabah

2
Bandar Sandakan Sabah

Pernah dikenali dengan nama “Api-api”, Sabah mendapat namanya daripada perkataan “Saba”, iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

4
Peta Negeri Sabah

13. Sarawak

2
Sarawak River Cruise

Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak.
Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan ” serah pada awak”, iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.

2
Peta Negeri Sarawak

14. Kuala Lumpur
2
Bandaraya Kuala Lumpur

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah “kuala berlumpur.” Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara.
Walaupun 69 orang dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah.
Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan kawasan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew.
Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan.
Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Beliau membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Beliau juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.

3
Peta Kuala Lumpur