Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

GAMBAR SANTAI : Aksi Comel Kucing Tidur Atas Katil Mini

KEBIASAANNYA, kita lihat kucing hanya tidur dalam sangkar tapi kini tak lagi kerana mereka pun dilayan bak manusia.
Memang bertuah kucing-kucing comel ini apabila tuan mereka tidak pernah lokek membelikan kelengkapan untuk binatang peliharaan mereka ni.
Sebenarnya, katil mini yang direka IKEA, syarikat perabot dan kelengkapan rumah popular dari Sweden ini merupakan katil untuk anak patung tetapi ianya boleh juga dijadikan sebagai katil untuk kucing gebu peliharaan anda.
Memang comel tengok keletah si comel ni apabila dapat beradu atas katil! -MYNEWSHUB.CC

CAT
CAT1

15 Gambar Sebelum dan Selepas Kucing Membesar Pasti Mencairkan Hati Anda

Ramai kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan dan seterusnya membesar bersama-sama menjadi dewasa. Bagi sesetengah orang, haiwan peliharaan mereka adalah kawan baik. Biarpun ramai orang percaya bahawa anjinglah binatang yang setia dan peneman yang baik kucing juga sebenarnya tiada kurangnya.



Melihat kucing membesar adalah seakan-akan membesar sebagai salah seorang daripada keluarga. Anda mungkin bergaduh sekali sekala bagaimanapun pada akhirnya saling sayang menyayangi. Di sini ada beberapa keping gambar yang Siakapkeli mahu kongsikan yang mana menunjukkan sebelum dan selepas tuan dan kucingnya membesar bersama. -Siakapkeli.com.my






































Anda mungkin juga meminati:

3 Tanda Apabila Kucing Datang Pada Kita

2
Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Karekter dan sifat kucing yang manja menyebabkan ramai yang sukakan kucing.
Melalui perkongsian yang ditulis di Facebook Ustaz Shukri Harun, beliau berkongsi pengalamannya dan memuatkan 3 tanda apabila kucing datang pada manusia.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
3 Tanda Apabila Kucing Datang bila kita makan di kedai makan. Tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa takpada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain…


Pertama
Allah S.W.T memberitahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Ia adalah sebahagian milik kucing tersebut.
Kedua
Allah S.W.T sedang memberitahu kepada kita apabila kita memberi makanan kepada kucing tersebut, rezeki lain Allah S.W.T akan gantikan dengan lebih baik. Sebab itu kebaikan itu, Allah S.W.T membalas 10 kebaikkan ataupun pahala kepada anda.
Ketiga
Allah sedang memberitahu apabila kita tidak memberi makanan kepada kucing tersebut, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah S.W.T ingin berikan kepada kita. Rezeki itu luas sebenarnya. Jika ingin membuat kebaikan, jangan menunjuk-nunjuk pula.
Apabila kita sedang menjamu selera di kedai makan, pasti akan datang haiwan ini, meminta dan menggeselkan badannya di kaki kita, jadi rajinkanlah menghulurkan secebis makanan padanya.
Yang pasti adalah mulia kita menyayangi sesama makhluk ciptaan tuhan, tak perlu merasakan ia suatu gangguan apabila anda didatangi haiwan-haiwan seperti ini, lebih baik memberi agar rezeki kita sentiasa diberkati di masa akan datang..
- Harian Blogger