Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Iklan Ini Nampak Biasa Sahaja Tetapi Semuanya Berubah Selepas Keretapi Tiba (Jom Kita Lihat Reaksi Mereka)



Kaedah iklan yang menyentuh perasaan dan emosi sebegini telah mendapat perhatian orang ramai kerana ia menggabungkan motion sensors dan video billboards. Setiap kali keretapi tiba di stesen tersebut, video billboards akan berinteraksi apabila sensors dapat mengesan pergerakan keretapi tersebut.
Kali ini sebuah badan kebajikan di Sweden telah menggunakan teknologi yang sama untuk satu iklan baru yang lebih memberi kesan mendalam kepada orang yang melihatnya. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sweden.
Saksikan reaksi mereka ketika melihat iklan yang nampak biasa-biasa sahaja ini. Mungkin anda juga akan beri respon yang sama apabila melihatnya:
Ada sesetengah orang mempersoalkan moral disebalik iklan ini. Seseorang sepatutnya mempunyai rasa compassion dan jujur dalam perihal membantu orang lain untuk kebajikan, ia bukan atas dasar terkejut dan rasa bersalah semata-mata.

Arwah Fairuz pesan jaga syarikat, keluarga sebelum meninggal dunia - Adik

KUALA LUMPUR: 'Arwah pernah berpesan dan amanahkan kepada saya dan adik-beradik supaya menjaga isteri, anak-anaknya serta syarikat miliknya setelah dia meninggal dunia," kata adik bongsu Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE, di sini.

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, berkata itulah pesan terakhir arwah abangnya dua minggu lalu sebelum terlibat dalam nahas, pada awal pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku selepas arwah menghantar dua anaknya iaitu yang sulung Nur Firuza Amira, 7, dan kedua, Nur Firuza Aqila, 4, di rumah nenek mereka di Putrajaya.

"Arwah sekeluarga (berlima) sempat menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Putrajaya bersama dua lagi anaknya sebelum terlibat kemalangan.

Video Kejadian Gempa Bumi Yang Dahsyat Di Nepal April 2015


Video Kejadian Gempa Bumi Yang Dahsyat Di Nepal April 2015. Kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal pada 25 April lepas,
setakat 2 Mei 2015 yang dipetik dari Astro Awani telah mengorbankan 6,204 orang dan 13,932 orang lagi dilaporkan cedera. Kadar kematian
boleh melebihi 10,000 orang menurut Tentera Nepal.

Sebanyak 161,386 rumah mengalami kerosakan termasuk 24,182 yang musnah sama sekali. 
Kerajaan Nepal turut mengisytiharkan keadaan
darurat di negara pergunungan Himalaya itu. Gempa bumi kuat yang berukuran 7.8 pada skala Richter itu berlaku pada Sabtu pukul 2.45
petang waktu Malaysia, sehingga telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Video Rakaman CCTV Kejadian Gempa Bumi Yang Dahsyat Di Nepal 26 April 2015 





 

VIDEO PEKERJA KFC BIADAP, TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA PELANGGAN

Sebuah video yang memaparkan tindakan seorang pekerja KFC wanita yang menunjuk isyarat lucah kepada pelanggan telah tersebar semalam.
video yang dimuat naik oleh komuniti Cina Ampang tersebut telah menjadi bualan hangat di kalangan pengguna laman sosial Facebook.
Video Pekerja KFC Biadap, Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pelanggan
Video Pekerja KFC Biadap, Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Pelanggan
Mereka menyifatkan tindakan tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan imej pengendali makanan segera itu sendiri yang sememangnya terkenal di seluruh dunia.
Kejadian dikatakan berlaku apabila seramai 15-20 orang pelajar telah pergi ke restoran KFC tersebut untuk makan tengah hari.
Kerana jumlah mereka yang ramai mereka telah meminta meja digabungkan meja untuk duduk sekali dan juga meminta pekerja KFC mengemas meja yang masih terdapat saki baki makanan.
Namun, pekerja tersebut tidak membenarkan mereka menggabungkan meja kerana ia dikatakan mengganggu laluan orang lain dan juga boleh menyebabkan pelanggan lain turut berbuat demikian.
Salah seorang dari pelajar tersebut telah mempertikaikan perlukah mereka hendak duduk 4 semeja sedangkan mereka datang ramai secara berkumpulan.
Kerana bertegas untuk menggabungkan meja menyebabkan pekerja KFC itu marah dan berkata lebih “baik awak semua makan di luar.”
Pelajar-pelajar tersebut dikatakan tersentak dengan kata-kata pekerja KFC tersebut dan tidak menyangka mereka dilayan sedimikian.

“Adakah patut dia berkata seperti itu kepada pelanggan? Bila diminta mengemaskan meja, muka macam marah dan seperti tidak suka dengan kehadiran kami,” cerita pelajar berkenaan.
Mereka pada mulanya beranggapan pekerja tersebut mungkin tertekan kerana letih tetapi apa yang pelik wanita tersebut mula mengambil gambar dan video mereka.
“Kami tidak faham, kenapa dia perlu ambil gambar kami? kami pergi ke restoran tersebut untuk menikmati makan tengahhari, apa salah kami buat?

“Salah seorang dari kami pun bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil video pekerja tersebut dan yang mengejutkan dia yang menyedari video diambil telah menunjukkan isyarat lucah kepada kami. Ia sungguh biadap. Kami bayar apa yang kami makan tetapi kenapa kami dilayan sebegini,?” cerita mereka.
Kerana video ini pihak KFC telah tampil meminta pemilik video asal supaya tampil untuk pihak mereka mencapat maklumat lebih lanjut tentang kejadian.
KFC juga telah mengambil langkah-langkah supaya kejadian ini tidak berulang lagi di mana-mana cawangan di seluruh negara.

“Kami komited untuk piawaian tertinggi kecemerlangan dan berusaha untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan antara pelanggan dan kakitangan kami pada setiap masa,” komen KFC melalui facebook mereka.

Pendedahan Sikap Pengusaha Kantin Ini Boleh Buat Ibu Bapa Mahu Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

Nota Editor : Artikel ini asalnya diterbitkan di fb wall Al Irfan Jani, seorang usahawan dan juga penulis di SaleStory-Teller. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan keizinan beliau. Semoga anda mendapat manfaat dari tulisan beliau di bawah.

Pagi tadi dibincangkan di dalam televisi, betapa bobroknya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah polos, suci, alami perkara-perkara di bawah :
Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, “Dua, seringgit,” sedangkan boleh diberitahu harga seunit “Satu, lima puluh sen.” Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi.
Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?

FB NAJIB JADI SASARAN LEPAS GERAM MINYAK NAIK



Berikutan kenaikan minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah berkongsi satu satu kenyataan dari KPDNKK di FB beliau yang menjelaskan mengenai isu rasionalisasi subsidi.


Dalam kenyataan itu, KPDNKK telah menjawab 10 soalan yang menjadi isu setelah kenaikan minyak tersebut.

Hasil perkongsian itu, pelbagai maklum balas diberikan oleh pengguna laman sosial yang lain, dan rata-rata memberikan maklum balas negatif.



Ini baru sebahagian dari komen yang membantah kenaikan minyak baru-baru ini. Status ini telah mendapat lebih dari seribu komen dari pengguna laman sosial dan kebanyakannya adalah negatif 

Lebih teruk, status lain yang dimuat naik oleh DS Najib turut dijadikan tempat untuk meluahkan kemarahan tentang isu kenaikan minyak ini walaupun langsung tiada kaitan dengan isu tersebut. 



Nampaknya isu kenaikan minyak kali ini memberi kesan yang amat mendalam kepada rakyat. - SiakapKeli.com



IBU HISHAMUDDIN MENINGGAL DUNIA DAN AKAN DIKEBUMIKAN SELEPAS SOLAT ZOHOR


KUALA LUMPUR: Dukacita dimaklumkan Ibu kepada Hishammuddin, Tun Suhailah Mohammad Noah, 82, telah meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 12.30 pagi 4hb Oktober 2014 kerana sakit tua.

Beliau merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Tun Hussein Onn dan ibu kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein. Beliau juga adalah anak perempuan kepada Tan Sri Mohamad Noah Omar, bekas Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Malaysia.

Jenazah beliau akan dikebumikan di Makan Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor hari ini.



Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi ini. ─ Siakapkeli.com

Lelaki Maut Dilanggar Rakan Tak Puas Hati Penjualan Lembu Korban

Permaisuri: Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu untuk dijadikan korban Aidiladha, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6 petang itu seperti memetik sumber dari laman myMetromemberitahu, mangsa, Rohadi Yaacob, 44, dari Kampung Bukit Loyat, Chalok meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Setiu manakalan rakannya, Zakaria Taib, 43, dari Kampung Jelapang, di sini yang cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian itu, Rohadi dikatakan bertengkar dengan suspek berusia 40 tahun di sebuah kedai kopi berhampiran jambatan di pekan Jelapang yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam penjualan lembu.
Katanya, dua rakan Rohadi termasuk Zakaria yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian bagi meleraikan pergaduhan itu sebelum ketiga-tiga mereka beredar.

KEADAAN kereta yang digunakan suspek untuk melanggar mangsa.


Mereka kemudiannya menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, suspek yang memandu Proton Gen-2 tiba-tiba muncul lalu merempuh motosikal ditunggangi Rohadi dan Zakaria menyebabkan kedua-duanya terpelanting di tengah jalan.
Susulan rempuhan tesebut, suspek terus bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum sekali lagi merempuh kedua-dua sahabat berkenaan dan terus melarikan diri.
Akibat kejadian itu, Rohadi cedera parah di kepala dan anggota badan manakala Zakaria parah di anggota badan.
Ab Rahman berkata, seorang lagi rakan mangsa yang menyaksikan insiden itu bergegas membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Setiu dengan bantuan orang kampung.
Ab Rahman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

PUNCA SEBENAR KEMATIAN REMAJA JATUH DEWAN DI DEDAH

Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah | Hari ini kita didedah dengan satu berita kematian seorang remaja sekolah yang jatuh dari dewan Sekolah Syed Alwi setinggi 30 meter.

Akibatnya, ada dikalangan pembaca yang menuduh remaja tersebut nakal dan suka ponteng kelas tanpa mengetahui status sebenar. Bagaimanapun ada yang tampil menjelaskan keaadaan. 


Antaranya ialah dari seorang pengguna yang menggunakan nama Mawaddah Zainuddin mendakwa, remaja tersebut dan beberapa rakannya sebenarnya mahu mengambil bola takraw yang tersangkut disiling dewan.
Bagaimanapun, satu lagi komen pembaca Syazwan Aiman mengatakan remaja tersebut sebenarnya menjadi mangsa buli rakannya.
Beliau dikatakan mahu mengambil bekas pensil yang diletak diatas syiling itu. Remaja tersebut juga dikatakan dari kalangan keluarga susah dan anak yatim. Menurut info, semasa jatuh, allahyarham masih lagi memegang erat bekas pensilnya itu.


Sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik...  masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu..jatuh dri 30kaki tu...
melampau betul gurauan budak2 skrg...
budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat... masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.
[9:04PM, 01/10/2014] Skpa Yospi: Dgr crita dia ni bdk baik d sek....
Dia x pecah msk dewan tapi cikgu dr seknya ckp ada bdk lain sorok pencil boxnye & dia naik utk ambil pencil box tu. Dikatakan masa jatuh d tgn masih terpegang pencil box
Smoga cikgu nya tak dipersalahkan CUAI mnjaga pelajar..
Dewan tu mmg ditutup smentara drpd kegunaan utk dijadikan surau sementara... tu sbb ada sejadah apa smua... ( paste dr kwn)
Al Fatihah.....
As salam tuan/puan.

Makluman awal SDR pelajar sekolah menengah keb syed alwi kangar perlis.
Repot maklumt pertama:kangar rpt 6413/14 (ccc perlis)

Si mati: nama muhammad hakimi bin zulkifli kp:990603-02-5553,penjaga:zallyismandy bin ismail,alamt:no 3 lorong 2 tmn teratai kgr pls no
Ringkasan kes:
-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah

-mangsa merupakan anak yatim
Apapun, marilah kita semua sama-sama menghadiahkan surah Al Fatihah buat allahyarham Muhammad Hakimi bin Zulkifli semoga beliau ditempatkan diklangan muslimin yang beriman dan beramal soleh. - kezoom.blogspot. com
-----> SUMBER

Lelaki Ini Makan Daging Mentah Untuk Sembuh Dari Penyakit

Pernahkah anda mendengar tentang paleo diet? Diet ini adalah sebuah diet yang mengikuti pola makan manusia gua. Manusia gua adalah manusia yang hidup di zaman prasejarah dan belum mengenal tentang proses memasak makanan. Jadi , diet paleo adalah jenis diet yang memerlukan anda memakan daging mentah setiap kali makan.

Lelaki ini bernama Derek Nance . Berasa dari Kentucky , Amerika Syarikat. Lima tahun yang lalu , Derek mengalami sakit perutnya. Gangguan pencernaan ini mengakibatkan dia mengalami loya dan muntah berterusan tanpa henti setiap selesai makan. Beliau lalu memutuskan untuk mula melakukan diet untuk mengatasi hal ini. Awalnya dia menjadi seorang vegetarian . Namun gagal kerana Derek masih tetap muntah dan sakit.

Setelah membaca buku , Derek melakukan pekara ekstrem lain yaitu paleo diet ini. Beliau mula makan daging mentah tanpa perasa dari haiwan yang dia sembelih sendiri . Dia juga mengambil hampir semua bahagian haiwan yang di potong itu, termasuk organ dan lemaknya . Dia yakin pola makannya ini mampu menyembuh dari sakitnya selama ini.

Ia mengaku ketika ini dia merasa menjadi lebih kuat dan sihat. Pola makan ekstrem -nya ini memang ditentang oleh ayahnya. Sedihnya, pola makan anehnya ini membuat perkahwinannya hancur dan berakhir dengan perceraian.

Pola makan Derek ini sudah didokumentasikan selama beberapa waktu terakhir ini. Sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube pada 2012 memperlihatkan bagaimana Derek merobek kaki anak lembu yang telah disimpan di dalam peti ais dan menghisap keluar sumsumnya.

Sumber
   
            

TIKUS DITEMUI DI CELAH SAYUR DI AEON BIG, MID VALLEY


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Chiah Yoke Fong baru-baru ini telah memuat naik status bersama dengan dua keping gambar tikus yang dilihat bersembunyi dicelah-celah sayuran di sebuah pasaraya Aeon Big Di Mid Valley.



Menurut apa yang dikatakan oleh Chiah Yoke Fong, dia telah memberitahu perkara itu kepada salah seorang pekerja Bangladesh di sana. Dia kemudiannya berkeras supaya pekerja itu menelefon pegurusnya. Tetapi pekerja Bangladesh itu cuma menyuruh seorang pekerja melayu perempuan di kaunter untuk melihat tikus tersebut.



Tambah Chiah Yoke Fong lagi, pekerja-pekerja itu tidak kelihatan seperti terkejut melihat tikus terbabit dan tidak meminta maaf pun atas isu kebersihan di situ.


Jika benar apa yang didakwa Chiah Yoke Fong ini, rasaya pihak berwajib perlu diambil tindakan tegas! Maklumlah, tikus ni air kencingnya sangat merbahaya. Entah berapa ramai dah 'terkongsi' sayur dengan tikus-tikus dalam Aeon Big tu - SiakapKeli.com




PERKHIDMATAN GOOGLE STREET VIEW KINI BOLEH DIGUNAKAN DI MALAYSIA

Pemandangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.

Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google di Wikipedia Google Street View.

Pemandangan di Kg Panji, Kelantan

Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.

Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.


Bagi sesiapa yang rindu kat kampung halaman masing-masing tu, boleh la guna untuk 'menjenguk' kampung anda.. Manalah tau kalau nasib baik, boleh 'terjumpa' dengan orang yang anda kenal- SiakapKeli.com

12 GAMBAR : RIBUT KUAT MELANDA SEKITAR SHAH ALAM

SHAH ALAM 29 Sept - Ribut kuat yang melanda beberapa beberapa kawasan di Selangor petang tadi telah menyebabkan banyak pokok tumbang.

Kerosakan teruk boleh dikesan pada bangunan-bangunan dan juga kenderaan pengguna. Selain itu, beberapa jalan utama juga turut terhalang akibat dari pokok tumbang.

 Bukut Jelutong dan Taman TTDI Jaya antara kawasan yang terjejas teruk. Berikut beberapa gambar kejadian ribut kuat tersebut :

-----> SUMBER