Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Bagaimana Menyemak iPhone Terpakai Yang Ingin Dibeli Anda Adalah Set Curi Ataupun Sebaliknya?

Pasaran untuk telefon pintar terpakai boleh dikatakan antara pasaran yang besar, dan terutamanya untuk iPhone, ia mempunyai permintaannya yang tersendiri. Perkara ini sekaligus membawa kepada beberapa kesan negatif, dimana salah satunya adalah iPhone dicuri dan dijual semula kepada pemilik baru.
Pengguna iPhone sedia ditawarkan dengan fungsi untuk mematikan telefon pintar mereka sekiranya dicuri atau hilang, sekaligus membuatkan ia tidak boleh digunakan oleh pembeli baru. Terdapat beberapa pembeli baru yang selalunya membuat pembelian melalui talian tidak berpeluang menyemak telefon tersebut secara terus, dan sering tertipu apabila menerima set yang telah dikunci pemilik asal.
iCloud Activation Lock
Untuk mengatasinya, kini pihak Apple menyediakan sebuah aplikasi berasaskan web, dinamakan sebagai Activation Lock. Menggunakannya, pengguna boleh menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu peranti tersebut telah dikunci oleh pemilik asal atau sebaliknya.
Menggunakannya, pengguna hanya perlu memasukkan kod IMEI atau nombor siri telefon atau iPad yang ingin dibeli, dan Apple akan memaparkan status peranti tersebut sama ada dikunci ataupun sebaliknya.
iCloud Activation Lock
Sekiranya ia dikunci, Apple akan memaparkan mesej mengatakan Apple ID pengguna asal akan diperlukan untuk menggunakan dan mengaktifkan peranti berkenaan. Sebaliknya, sekiranya peranti tersebut tidak dikunci, maka Apple akan memaparkan mesej yang mana peranti tersebut sedia digunakan oleh pengguna baru tanpa sebarang masalah.
Fungsi ini sekaligus membolehkan pengguna mengelak daripada terbeli telefon yang terkunci disebabkan oleh iPhone tersebut hilang atau dicuri daripada pemilik asal.


- Amanz.my

APLIKASI FIRECHAT BOLEH DIGUNA TANPA INTERNET - SENJATA PENUNJUK PERASAAN


Hong Kong: Satu aplikasi mesej sosial membolehkan penunjuk perasaan prodemokrasi saling berhubung dan mengatur gerakan ketika rangkaian telefon bimbit disekat atau dipadamkan pihak berkuasa di Hong Kong.

Ketua pelajar semalam menggesa pengikut mereka memuat turun aplikasi FireChat yang membolehkan penggunanya berkomunikasi walaupun Internet tidak dapat digunakan selepas khabar angin tersebar bahawa pihak berkuasa mungkin bertindak memadamkan rangkaian telefon bimbit.

Ribuan orang berhimpun memenuhi kawasan utama di bandar raya ini dan enggan bersurai sehingga China bersetuju memberikan demokrasi penuh kepada kawasan separa autonomi itu. Sehingga malam tadi, rangkaian telefon bimbit masih belum dipadamkan.

Aplikasi FireChat menjadi pilihan penunjuk perasaan apabila didapati lebih mudah digunakan terutama di kawasan yang dipenuhi anggota perhimpunan sehingga mengakibatkan rangkaian sesak atau terganggu.

Pelajar, Audrey Chan, 18, berkata dia memuat turun aplikasi berkenaan sebagai langkah persediaan jika talian telefon terganggu.

“Ia mudah digunakan untuk berhubung dengan orang lain tanpa menggunakan Internet. “Apabila rangkaian bermasalah saya masih boleh berkomunikasi,” katanya. Kata-katanya dipersetujui pekerja sambilan dikenali sebagai Minnie.

“Mudah kerana kami tidak memerlukan Internet untuk saling berhubung.

“Beberapa kumpulan di Facebook mencadangkan kami memuat turun aplikasi ini untuk saat kecemasan terutama apabila Internet tidak boleh digunakan,” katanya.

FireChat dilancarkan Mac lalu membolehkan telefon bimbit saling berhubung dalam jarak pendek menggunakan Bluetooth. - AFP


-----> SUMBER

VIDEO : BUDAK ROSAKKAN IPHONE 6 DALAM APPLE STORE UNTUK BUKTIKAN IA MUDAH BENGKOK


Sekarang memang panas dengan isu iPhone 6 yang mudah dibengkokkan. Tapi perbuatan dua orang budak ini untuk membuktikan bahawa iPhone 6 mudah bengkok ini agak melampau.

Dany dan Kylie, dua budak berusia 15 tahun, telah pergi ke sebuah Apple Store tempatan dan merosakkan iPhone di dalamnya yang mungkin bagi mereka sesuatu yang menghiburkan. Jadi mereka telah merekodkan perbuatan mereka ini dan memuat naik ke laman Youtube.

Hasilnya, perbuatan dua orang budak ini mendapat kritikan hebat dari pengguna-pengguna internet. Video itu telah mendapat 370 likes dan 1572 dislike. Rata-rata komen penonton pula mengkritik tindakan kedua-dua budak terbabit.  - SiakapKeli.com


Anda Bercita-cita Untuk Memiliki Iphone 6 Plus? Sabar, Lihat Video Ini


Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku seluar untuk suatu tempoh masa. 

iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci, dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6 Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh masa. 

Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian seperti ini terjadi. 





Sumber ini dipetik dari Amanz.my.
- KamiTheMedia