Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Tutorial Buang Lemak ‘Double Chin’ Bawah Dagu. Mudah & Terbukti Berkesan

Demi menyahut seruan yang berbahagia Perdana Menteri Najib Razak serta barisan kepimpinan kerajaan yang melabel obesiti sebagai musuh negara, kami kongsikan tutorial membuang lemak di bawah dagu ini khas buat anda.
Bahagian lemak bawah dagu ini juga dikenali sebagai “double chin” dan ianya terjadi kerana lemak berlebihan dan berkait rapat juga dengan berat badan kita. Tetapi tidak perlu risau, double chin boleh dibuang dengan mudah tanpa perlu latihan angkat beban di gym, mahupun menggunakan produk bakar lemak yang mahal harganya.
Anda hanya perlu fahami dan amalkan tutorial dalam video dibawah ini secara konsisten, dan insyallah hasilnya akan dapat dirasakan sendiri nanti. Semoga berjaya kami ucapkan.





Tip Kelihatan Lebih Cantik Dengan Tudung Yang Sesuai Pada Wajah Anda

Nota Editor: Artikel tip pilih tudung ini asalnya dikeluarkan oleh Harian Metro dan kami kongsikan di sini dengan penambahan gambar supaya imaginasi anda berkembang.

Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah




1. Bentuk wajah bujur (Oval)

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria

                             

                   
                                                         
                                                           Gambar dari Tudung People



2. Bentuk muka panjang (Long)

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.


                                                 Gambar dari Sugarscarf


3. Bentuk muka bulat (Round)

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


                                                                  Gambar dari Radiusite


4. Bentuk muka berpetak (Square)

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.


                                                        Gambar dari imaanboutique


5. Bentuk segi tiga (Heart)

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka. 



                                                         Gambar dari Shawlbyvsnow

NATURAL POOL : TREND KOLAM RENANG MESRA ALAM DI BARAT SEKARANG (12 GAMBAR)

Rumah kalau ada kolam renang dianggap mewah di Malaysia. Kondo ada kolam renang itu best tetapi to be honest we havents used ours coz we are very pemalas. Di Eropah ada trend terkini iaitu Natural Pool. Kolam renang yang dibina di rumah kini mesra alam dam direka untuk kelihatan seperti kolam semulajadi. Klorin tidak digunakan kerana ianya berbahaya kepada alam sekitar. Sebaliknya sistem penapisan dan tumbuh-tumbuhan air yang ada pada tasik diletakkan bagi memberikan feel semulajadi. Nampak cool. 
- http://penpatah.blogspot.com/




LUKISAN YANG DIHASILKAN MENGGUNAKAN TAYAR BASIKAL (10 GAMBAR)

Lukisan ini sangat istimewa kerana menggunakan tayar basikal. Kesemua karya mereka dihasilkan dengan menggunakan corak tayar basikal. Ya tayar basikal menjadi berus untuk menghasilkan lukisan Menara Eiffel, Empire State Building dan Forbidden Palace. 


Jom Lihat Penerbangan Mewah Dalam Kapal Terbang

This airline seat is worth $23,000 and it’s worth every single penny.




















Gadis Cun Yang Cukup Popular Di Hong kong Dan Jepun

Taylor adalah seorang model, blogger dan youtube asal Kanada. Dia boleh bercakap dalam bahasa China, Inggeris, dan sedikit Jepun. Rupa parasnya yang jelita membuat Taylor kini mempunyai lebih daripada 140,000 follower di Facebook. 

Walaupun kerjaya sebangai modeling, Taylor sudah cukup berjaya di Hong Kong, dia tetap perlu memulakan segalanya dari sifar di Jepun. Namun sejauh ini, namanya sudah cukup dikenali kerana telah dikesan oleh beberapa majalah fesyen ternama di Jepun. 


-----> SUMBER




Lakaran Wajah Penjenayah Yang Boleh Buat Anda Pecah Perut Ketawa

Sesungguhnya ramai yang tahu bahawa pihak polis mempunyai kartunis dengan hanya menggunakan kertas dan pensel boleh menarik muka pelarian dengan hanya menggunakan penerangan yang, bagaimanapun, seperti yang sering berlaku dengan banyak pekerja, tidak semua yang baik pada pekerjaan mereka, jadi tidak ada ia jarang berlaku bahawa kita boleh mencari lakaran polis tidak munasabah seperti ini.

Sumber