Showing posts with label Best Animal. Show all posts
Showing posts with label Best Animal. Show all posts

Tips Menghapuskan Cicak di Rumah Anda


Cicak
Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Disini terdapat 6 tips berkesan membendung masalah cicak dirumah anda:

TIP (1) Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita..

Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIP (2) Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan. Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari....!!!
 TIP (3) Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telur.
TIP (4) Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

TIP (5) Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

TIP (6) Kalau larat jaga kucing adalah satu kelebihan. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejapan setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi serang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhir kata:
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah 

MONTY, KUCING ISTIMEWA DENGAN PERSONALITI ISTIMEWA


Monty. Itulah nama yang diberikan oleh pasangan Mikala dan Micheal dari Denmark kepada seekor kucing yang diambil oleh mereka dari pusat perlindungan haiwan.

"Lebih kurang setahun lepas, kami mengambil Monthy dari pusat jagaan haiwan ketika ia masih kecil". Tuannya yang sebelum ini menjaga terlalu banyak kucing sehingga terpaksa melepaskan beberapa kucing belaannya, ini termasuklah Monty.", kata Mikala dan Michael melalui Facebook.

"Kali pertama kami bertemu dengan Monty, sudah tidak dapat disangkal lagi yang Monty akan tinggal bersama kami. Penampilannya yang sedikit berbeza membuatkannya tersangat-sangat comel, tapi personaliti yang ditunjukkan oleh Monty sangat jarang untuk ditemui di kucing lain."

Menurut Micheal dan Mikala lagi, Monty kini berkongsi bilik dengan dua ekor kucingnya yang lain dan walaupun mereka bertindak agressif terhadap Monty, Monty cuma duduk dengan tenang dan senyap, seperti tidak mahu bergaduh.


Monty, si kucing istimewa.
Monty dilahirkan tanpa tulang hidung. ini menyebabkan dia sering terbersin

Monty suka tidur di atas tangan dan pada waktu malam, dia akan
sentiasa menemani anda sehingga anda bangun!













Page Monty di Facebook telah mendapat 20,000 likes dan Micheal dan Mikala berharap agar Monty dapat dijadikan 'duta' kepada kucing-kucing yang tidak sempurna yang lain -SiakapKeli.com

Gambar Luarbiasa Binatang Yang Pakar Dalam Penyamaran

Apa yang mengagumkan tentang haiwan adalah pada dasarnya dalam penyamaran. Ada yang kuat,  licik, dan ada yang cantik. Tetapi mereka semua mempunyai satu persamaan: naluri untuk terus hidup. Dan cara mereka hidup kadang-kadang begitu sempurna yang tidak ada pada binatang-binatang lain.
----->SUMBER













Lembu berkaki 6 (7 Gambar)



Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama. 


Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.


Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. – AGENSI