Beberapa hari lalu, anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang meminta supaya pemandu teksi yang ‘bersidai’ di pusat beli belah Pavilion agar beredar telah dimarahi dan ditengking di khalayak ramai.
Difahamkan, arahan supaya teksi tidak berhenti terlalu lama di situ dikeluarkan kerana ia menambahkan kesesakan sedia ada di laluan berkenaan disebabkan pembinaan MRT.
Individu yang memuatnaik rakaman ini di YouTube mendakwa, anggota SPAD berkenaan bukan sahaja dimarahi, dicaci maki dan dijerit malah seorang pemandu teksi turut merentap baju penguatkuasa namun rakaman adegan tersebut tidak dimuatnaik kerana kurang memuaskan.
Dari satu segi kita faham pemandu teksi hanya mahu mencari rezeki tapi biasanya, amalan bersidai menunggu pelanggan ini dilakukan mereka yang malas hendak melilau mencari pelanggan sebaliknya mahu mengambil jalan mudah mendapatkan pelanggan dengan menunggu sebelum mengenakan caj tanpa mengikut meter.
Ini bukanlah bermakna pemandu teksi yang dirakam dalam video ini melakukan kesalahan tidak mahu menggunakan meter tetapi secara terang-terangan mereka bukan sahaja ingkar arahan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa awam tetapi juga bertindak biadab.
Post a Comment