CHINA – Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan seorang bayi daripada dipam ke dalam lubang tandas oleh ibunya yang tidak mengetahui bahawa dia mengandung.
Gadis itu mengunjungi hospital tersebut kerana sakit perut, tanpa menyedari dia sedang hamil dan hampir melahirkan bayi.
Menurut seorang doktor, Gao Yuwen, dia mendengar seseorang menjerit di tepi koridor hospital pada pukul 1 pagi.
“Saya kemudiannya mendapati orang ramai sedang mengerumi tandas dengan seorang wanita menjerit dan mengetuk pintu, meminta gadis di dalam tandas itu membuka pintu.
“Gadis itu masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu dari dalam. Saya dapat mendengar bayi tersebut menangis,’’ katanya.
Selepas gagal memujuk gadis itu, anggota keselamatan terpaksa memecahkan pintu.
“Saya dapat melihat bayi itu berada di atas tandas sambil menangis dan tali pusat masih melekat pada ibunya,’’ kata doktor Gao.
Ibu dan bayi itu sihat.
Post a Comment