Video Pesawat MAS Patah Balik, Mendarat Cemas!

Posted by Blog Informasi


KUALA LUMPUR – Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ), di Sepang, jam 1.56 pagi ini.
Ia disahkan MAS dalam laman Twitter syarikat penerbangan itu sebentar tadi.
Kejadian disebabkan tayar di sebelah kanan gear utama meletup semasa berlepas.
Juruterbang dimaklumkan oleh Kuala Lumpur Air Traffic Control terdapat sisa tayar di landasan dan segera menghubungi Malaysia Airlines Operations Control Centre (OCC) pada pukul 10:25pm.
Sebagai langkah keselamatan, pesawat itu diminta berpatah balik ke  KLIA.
Pihak bomba lapangan terbang kemudiannya segera dikejarkan ke lokasi yang ditetapkan.
Kesemua 166 orang iaitu 159 penumpang dan 7 kru disahkan selamat.



Post a Comment