Selepas gambar ‘mesra’ yang dikongsikan pelakon Diana Danielle bersama suaminya, Farid Kamil mendapat kritikan daripada peminatnya di Instagram, nampaknya gambar seorang lagi selebriti iaitu Fouziah Gous yang sedang asyik beryoga bersama suaminya, Zhafran pula menerima tempias yang sama.
Menerusi gambar tersebut, Fouziah melakukan aksi yoga sambil ditimang suaminya dengan hanya menggunakan kaki dan tangan.
Ramai peminat menyifatkan tindakan Fouziah berkongsi gambar tersebut sebagai tidak wajar namun tak kurang juga ada peminat yang menyukai pasangan ini yang dilihat sangat romantik dan gemar berkongsi gambar mengenai aktiviti seharian mereka.
Rasanya, takdelah keterlaluan gambar ni.
Yelah, masing-masing pun dah sah halal, lain lah kalau pakwe makwe yang buat aksi macam ni kan. Tak gitu?
Post a Comment