FESYEN 'TELETUBBIES' PELAKON MENJADI IKUTAN?

Posted by Blog Informasi



Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, saya singgah makan nasi campur di gerai pinggir jalan di Alor Setar, Kedah.

Gerai itu dikunjungi oleh ramai pelanggan. Setelah mengambil nasi dan lauk, saya duduk di meja di bawah khemah. Taukeh gerai terbabit bersikap peramah.

Belum sempat menyuapkan nasi,  saya terpandang lelaki Cina warga emas. Matanya terbeliak 'mengekori' pergerakan pelayan gerai, wanita bertudung. Setiap kali wanita Melayu itu melintas di hadapannya, lelaki sama berhenti makan. 

Matanya dibesarkan, mulutnya ternganga. 

Saya maklumkan kepada rakan makan bersama. Mereka menoleh dan kemudian tertawa melihat gelagat lelaki itu. 

Dia bak teletubies

Lelaki saya anggarkan berusia 60 an itu kelihatan amat terpesona melihat wanita di atas. 

Baju dan seluar dipakai amat ketat, sehingga menonjolkan bentuk tubuhnya. Sebelum ini seorang pelakon tempatan, juga mengenakan pakaian kontroversi. 

Barangkali fesyen dipamerkan oleh Rebecca Nur Islam menjadi ikutan pelayan gerai itu.

Mujur tiang menjadi penghadang ...

Molek jika kita menasihatkan anak serta saudara mara perempuan, usah meniru pakaian seperti itu. Jika berhijab, laksanakan sepenuhnya.

Rasanya, kalau makanan dihidangkan enak, pencuci mata seperti itu tidak diperlukan. Cukup dengan hidangan pencuci mulut. Mungkin ramai juga pelanggan tersedak tatkala makan lalu dicubit dek isteri sekiranya datang berpasangan.



Post a Comment