MISTERI RAMPASAN KAPAL TERBANG BOEING 727 PADA TAHUN 1971

Posted by Blog Informasi


Kisahnya bermula sekitar sambutan Thanksgiving, 24 November 1971. Seorang lelaki membawa sebuah beg menghampiri kaunter tiket penerbangan Northwest Orient Airlines dan kemudiannya membeli tiket sehala penerbangan 305, trip pernerbangan 30 minit ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Lelaki itu kelihatan biasa sahaja penampilannya, seperti seorang ahli perniagaan gayanya. Beberapa ketika selepas pesawat 305 tersebut berlepas, ia dikhabarkan telah dirampas oleh lelaki itu!

Ketika menghampiri jurujual tiket Northwest Orient Airlines pada petang itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper. Semenjak itu D. B. Cooper adalah nama yang sangat popular untuk merujuk kepada lelaki yang tiada siapa tahu identiti dia yang sebenarnya, yang telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 tersebut.

Dia telah merampas pesawat tersebut ketika pesawat itu sedang terbang di ruang udara antara Portland, Oregon dan Seattle, Washington. Dia kemudiannya meminta wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun. Nasibnya kemudian tidak diketahui selepas dikatakan terjun daripada pesawat tersebut. Kes rampasan ini kekal tidak dapat diselesaikan dan antara kes rampasan pesawat paling 'bizarre' dalam sejarah Amerika.

Rampasan Pesawat Boeing 727 penerbangan 305 itu bermula kira-kira ia dalam suku perjalannya ke Seattle, Washington. Dan Cooper telah menyerahkan satu nota kepada Florence Schaffner, seorang pramugari. Pada mulanya Schaffner menyangka ianya hanya satu nota temujanji yang ditulis seorang ahli perniagaan yang sunyi, lantas dia memasukkan nota tersebut ke dalam tas tangannya. Cooper kemudian dengan tenang merapati Schaffner sambil berbisik ' Cik, sebaiknya awak perlu membaca nota itu terlebih dahulu, saya ada bom".

Nota kecil yang ditulis kemas dengan semua huruf besar itu tercatat:

"SAYA ADA BOM DI DALAM BEG BIMBIT, SAYA AKAN MENGGUNAKANNYA JIKA PERLU. SAYA MAHU ANDA DUDUK BERSEBELAHAN SAYA. PESAWAT INI SEDANG DIRAMPAS".

Schaffner, seperti mana yang diminta lelaki itu kemudian duduk disebelahnya. Schaffner kemudian meminta untuk melihat bom tersebut dan Cooper membuka begnya perlahan-lahan. Cooper kemudian meminta supaya wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun disediakan sebaik pesawat itu mendarat. Cooper juga meminta sebuah trak minyak bersedia untuk mengisi minyak pesawat sebaik sahaja mendarat.
Pesawat yang dirampas oleh Dan Cooper

Yakin dengan apa yang dilihat dalam beg Cooper, Schaffner lantas menyampaikan tuntutan lelaki itu ke kokpit, yang kemudiannya menghubungi pusat kawalan. Datuk Bandar kemudian mengarahkan supaya tuntutan-tuntutan Cooper dipenuhi kerana bimbang dia akan mencederakan penumpang. Pihak berkuasa lantas mengumpulkan wang bernot USD20 sebanyak USD200 000 dari beberapa buah bank sekitar, seperti yang diminta Cooper. beberapa minit kemudian pesawat itu mendarat, segala tuntutan diserahkan namun Cooper hanya melepaskan separuh dari pesawat pesawat itu. Dia kemudiannya mengarahkan supaya pesawat itu kembali terbang selepas mengisi minyak menuju Mexico.

Berdasarkan cerita Schaffner, lelaki yang dikenali sebagai Dan Cooper itu langsung tidak berpewatakan seperti seorang perampas kapal terbang. Tutur katanya baik, langsung tidak menggertak malah langsung tidak kelihatan seperti gentar atau gemuruh sepanjang dia merampas pesawat tersebut. Cooper juga menawarkan makan tengah hari kepada semua penumpang.

Selepas menerima semua tuntutan yang diminta, Cooper mengarahkan supaya pesawat itu kembali berlepas. Dalam penerbangan yang menghala ke Mexico itu, dia kemudian mengintai dari cermin pesawat dan dengan tepat boleh mengenalpasti di mana pesawat tersebut terbang ketika itu. Dari situ, Schaffner merasakan Cooper bukanlah calang-calang orang. Cooper kemudian memesan segelas minuman, menghabiskan minuman itu, mengambil wang sebanyak USD200 000, dan terus terjun dari pesawat.

Lakaran wajah Dan Cooper

Beberapa teori mengatakan Cooper mungkin bekas seorang paratrooper (anggota tentera payung terjun) atau seorang penerjun berpengalaman kerana berdasarkan skill dan perancangannya, dia bukan lelaki biasa. Agen khas FBI juga turut bersependapat. Dikatakan ketika Cooper terjun dari pesawat, kelajuan angin ketika itu mencecah 200 MPH dan cuaca amat gelap serta hujan. Peluang untuk dia terselamat amatlah tipis dan Cooper juga mungkin tahu mengenai itu. Seorang penerjun yang tidak berpengalaman tidak akan terjun dalam cuaca begitu.

Drama ini berlarutan meninggalkan tanda tanya. berdekad lamanya, Cooper tidak dapat dikesan malah tempat di mana dia melakukan terjunan juga tidak dapat dipastikan secara tepat. Pihak FBI juga menemui jalan buntu dalam menjejak Cooper melalui nombor siri wang yang dituntut lelaki itu. beberapa orang pernah ditangkap kerana menggunakan wang dari nombor siri wang tuntutan itu, namun dibebaskan kembali kerana tiada seorang pun dari mereka boleh dikaitkan dengan Dan Cooper.

BARANG BUKTI : Tiket Dan Cooper

BARANG BUKTI : Payung terjun yang dijumpai dipercayai milik Dan Cooper



Seorang kanak-kanak juga pernah menemui sebahagian dari wang tuntutan Cooper berjumlah USD5800 pada 1980 di pinggir sungai Columbia, vancouver, Washinton. Namun apabila siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan tersebut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa Dan Cooper mendarat atau terbunuh di situ.



Post a Comment