ALOR GAJAH: 2 beradik lelaki layak digelarkan sebagai 'abang durjana' kerana sanggup melampiaskan #nafsu terhadap adik kandung sendiri sejak 10 tahun yang lalu secara bergilir-gilir.
Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila gadis malang 19 tahun itu nekad melarikan diri dari rumah mereka dan mendapatkan bantuan dari jiran untuk membuat laporan polis.
Gadis malang yang tidak bekerja itu dipercayai #diratah oleh kedua-dua abangnya secara bergilir-gilir semenjak usia 9 tahun pada waktu ibu bapa mereka tiada di rumah.
Selama 10 tahun mangsa tidak berani menceritakan peristiwa hitam itu kepada sesiapa kerana mangsa diugut akan dipukul jika mendedahkan perbuatan keji abangnya itu.
Perbuatan jijik itu berterusan sejak pertengahan 2005 juga mengakibatkan mangsa mengandung beberapa kali dan mengalami keguguran tanpa pengetahuan orang tuanya.
Tidak tahan melihat wajah dua abang durjananya itu, mangsa sering keluar dari rumah setiap kali mereka berada di rumah.
Bimbang rahsia dibongkarkan oleh adik mereka, kedua-dua abang durjana itu sentiasa mengekori setiap pergerakan mangsa di dalam mahupun di luar rumah.
Namun pada tengah malam Ahad lalu, kedua-dua lelaki itu masuk ke bilik mangsa dan #meratahnya secara bergilir-gilir beberapa kali.
Tidak tahan dengan sikap buas 2 lelaki itu dan ingin tamatkan penderitaan selama 10 tahun itu, mangsa tekad lari dari rumah dan buat laporan polis. - Harian Metro
Post a Comment