SEORANG pelakon porno wanita, Janice Griffith,19, mungkin bakal mengambil tindakan mahkamah terhadap pelakon dan juga jutawan, Dan Bilzerian atas tindakannya mencampakkan wanita itu ke dalam kolam renang dari bumbung rumahnya sehingga patah kaki.
Dalam kejadian itu, Bilzerian tersilap ‘perkiraan’ sekaligus menyebabkan kaki Griffith tidak masuk sepenuhnya ke dalam kolam tersebut.
Menurut wanita itu, Bilzerian langsung tidak memohon maaf atas perbuatannya selepas itu, memetik laporan TMZ.
Akibat kejadian itu, Griffith mendakwa dia telah terlepas beberapa penggambaran kerana perlu menunggu kakinya sembuh terlebih dahulu.
Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan perkara itu tidak akan menjejaskan reputasi Bilzerian yang sememangnya terkenal dengan sikap kaki perempuannya itu.
Rakaman kejadian tersebut turut disiarkan di laman YouTube. Saksikan.
Post a Comment