VIDEO: Cubaan Cipta Rekod Dunia Bertukar Tragedi, Seorang Penerjun Bebas Maut

Posted by Blog Informasi


SEORANG penerjun bebas yang menyertai percubaan mencipta rekod terjunan bebas di Arizona, Amerika Syarikat maut apabila payung terjun utamanya gagal berfungsi ketika percubaan itu dilakukan.
Menurut anggota Jabatan Polis Eloy Brian Jerome, mangsa Diana Paris, 46 tahun dari Berlin, Jerman terbunuh pada pagi semalam.

Paris mengambil bahagian dalam percubaan untuk pertukaran formasi dalam satu terjunan paling ramai, mengikut tulisan di laman blog penganjur World Team.
Menurut laporan nydailynews.com, kejadian berlaku apabila payung terjunutamanya gagal terbuka kerana ketinggiannya yang sudah terlalu hampir dengan daratan ketika terjunan dilakukan.
Menurut penganjur, kes itu tidak menjejaskan saiz kumpulan yang bakal membuat terjunan itu dan tiada penerjun boleh menggantikan Paris.
Menurut suaminya, Paris sudah pun memiliki rekod terjunan lebih dari 1,500 kali.
Pasukan World Team akan tetap melakukan percubaan itu dengan bilangan peserta seramai 221 orang.
“Rakan kami yang terkorban itu tidak akan diganti, kumpulan ini akan terus membiarkan posisi itu kosong sebagai penghormatan kepada beliau,” menurut World Team dalam satu kenyataan. – 



Post a Comment