Seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Charlie Silverwood yang sedang menonton perlawanan antara kelab Bournemouth dan Real Madrid telah terkena bola sepakan percuma dari Cristiano Ronaldo dan menyebabkan pergelangan tangan kirinya patah.
Sepakan percuma yang diambil dari jarak 35 ela itu telah mematahkan pergelangan tangan Charlie di dua tempat. Tetapi Charlie tetap bertahan sehingga perlawanan tamat sebelum berkejar ke hospital. Setelah pihak pengurusan Real Madrid mengetahui tentang perkara ini, Charlie telah dihadiahkan sehelai jersi yang ditandatangai oleh pemain Real Madrid sebagai ganti rugi.
Post a Comment