Bapa Jalan Kaki 30 KM Sehari Hantar Anak Ke Sekolah

Posted by Blog Informasi

Seorang bapa tunggal di China setia mengendong anak lelakinya yang kurang upaya dan berjalan sejauh 30 kilometer setiap hari hanya untuk menghantar anaknya ke sekolah.
Walaupun kedua kaki dan tangan serta belakang badannya sakit dan membongkok, Xiao Xukang, 40 an rela demi untuk melihat anaknya, Xiao Qiang, 12, mendapat pendidikan sempurna.
Sejak September lalu, Xukang membawa Xiao dengan meletakkan kanak-kanak itu ke dalam bakul yang diikat di belakang badannya dan berjalan ke sekolah di bandar Fengyi, wilayah Sichuan kira-kira 7 km dari rumahnya.
Disebabkan tiada bas sekolah atau pengangkutan awam, Xukang mengambil inisiatif sendiri iaitu menghantar anaknya ke sekolah dengan berjalan kaki.
Setiap hari, Xukang memulakan rutin harian seawal jam lima pagi untuk menyediakan sarapan dan makan tengah hari anaknya sebelum ke sekolah.
Kemudian dia akan pulang semula ke rumah untuk bekerja dan ke sekolah semula untuk mengambil Xiao pulang.

"Saya tahu dia tidak sempurna, namun dia punya hak untuk belajar seperti kanak-kanak lain. Saya ada mencari sekolah yang lebih dekat, tetapi tidak pernah diterima.
Malah, satu-satunya sekolah yang dapat menerima dia adalah Sekolah Rendah Fengyi yang memerlukan saya berjalan kaki lebih 7 km setiap hari," katanya.
Walaupun menyedari anaknya kurang upaya, Xukang bagaimanapun menyimpan impian untuk melihat anaknya masuk kolej dan mencapai cita-citanya. 



Post a Comment