Misteri Api Menyala Bawah Air Terjun

Posted by Blog Informasi

2014 01 25 211023 Misteri Api Menyala Bawah Air Terjun
Misteri Api Menyala Bawah Air Terjun – BERADA disebalik Air Terjun Shale Creek Preserve di Chestnut Ridge Park, pinggir bandar Buffalo, New York, AS, anda akan menemui salah satu keajaiban aneh di dunia. Api menari di dalam air terjun tersebut.
Ramai saintis hairan melihat penemuan ini, bagaimana api boleh menyala di sebalik hamburan air terjun. Mereka masih terus mencari punca apakah ada gas sehingga menyebabkan api menyala di dalam sana dan seolah abadi.
Setelah diteliti lebih lanjut, ternyata api ini diyakini pernah digunkan penduduk asli Amerika semenjak ribuan tahun lalu. Yang lebih mengharankan lagi, api ini menyangkal keyakinan para saintis mengenai gas yang membakar. Ini kerana, sebenarnya batu yang berada di air terjun ini tidak cukup panas untuk menghasilkan gas.
Jadi, apa yang menyebabkan api ini terus menyala di antara hamburan air terjun tersebut? Ada banyak api abadi di dunia ini, namun diketahui disebabkan oleh gas yang dihasilkan batu di bawahnya sehingga api muncul dan tidak boleh dipadamkan.
Andaian yang diyakini saat ini adalah api abadi di belakang air terjun ini berbeza dari api abadi lain, entah bagaimana penduduk asal Amerika ribuan tahun lalu membuatnya.
2014 01 25 211037 Misteri Api Menyala Bawah Air Terjun

2014 01 25 211051 Misteri Api Menyala Bawah Air Terjun



Post a Comment