MH370: Keluarga Penumpang Di China Tak Mampu Kawal Emosi Atau Angkuh?

Posted by Blog Informasi


INSIDEN kehilangan pesawat MH370 ternyata mengundang suasana sedih dan muram bukan sahaja di kalangan waris penumpang dan krew penerbangan, malah turut dirasai oleh orang ramai.
Bagaimanapun, selepas 20 hari kehilangannya, ramai ahli keluarga yang mula redha dan menerima hakikat mereka mungkin telah kehilangan orang tersayang terutamanya selepas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan pesawat tersebut mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi.
Namun, suasana yang berbeza pula berlaku di Beijing, China apabila rata-rata mereka tidak berpuas hati dan melahirkan kemarahan secara melampau termasuklah menuduh Malaysia sebagai ‘pembunuh’.
Menerusi tulisan Celia Lim yang disiarkan di beberapa portal Singapura, dia membidas sikap waris keluarga penumpang China yang disifatkannya sebagai ‘luar biasa’.
“Semakin hari, kesedihan itu diluahkan dengan cara menjerit, membaling objek, membuat permintaan yang bukan-bukan, menyerang sidang media, mogok lapar dan mengadakan protes di Kedutaan Malaysia di Beijing. Memang menyedihkan apabila kehilangan orang tersayang. Tetapi, ramai lagi keluarga penumpang negara lain yang sedih dan kecewa! Namun, mereka tidak bertindak seperti keluarga penumpang China.
“Adakah ia disebabkan budaya dan sosial yang berbeza? Xenophobia? Atau mungkin kerajaan China dan medianya telah secara sengaja atau tidak sengaja menyemarakkan api kemarahan di kalangan mereka?
“Apabila penerbangan domestik China terhempas dan mengorbankan kesemua penumpangnya, saya tidak melihat pula televisyen menyiarkan kesedihan ahli keluarga mereka sehingga membaling objek ke arah pegawai kerajaan atau mengadakan mogok lapar,” katanya.
MH370: Tak Mampu Kawal Emosi Atau Angkuh?
Tambah Celia lagi, dia percaya mungkin kerajaan Malaysia tidak menangani keadaan ini seperti yang sepatutnya, namun harus diingatkan bahawa insiden ini merupakan bencana yang tidak pernah disangka-sangka.
“Ia umpama mencari jarum dalam sisa rumput kering, tambah-tambah pula jika anda langsung tidak tahu di kawasan rumput mana ia berada. Ia misi yang hampir mustahil! Dengan hampir 26 negara terlibat dalam pencarian ini, bukan semua mereka sanggup berkongsi informasi dan laporan kepada Malaysia.
“Sesetengah maklumat yang berkaitan dengan kawasan tertentu, pertahanan kebangsaan, politik dan pandangan antarabangsa adalah sensitif dan penting untuk dikongsikan begitu sahaja.
“Saya berharap masih ada keajaiban berlaku biarpun kesimpulan awal yang diumumkan oleh Perdana Menteri menyatakan tiada yang terselamat dalam insiden itu,” akhirinya.
Pandangan Celia itu turut dipersetujui oleh beberapa pembaca lain menerusi laman Facebook The Real Singapore.
Eliaz Trazaguet menulis:
“Apakah erti ‘TAKDIR’ di China? Mungkin ada seseorang yang boleh menjelaskan kepada mereka maksudnya. Jika mereka meninggal dunia kerana penyakit, kemalangan atau sebarang bencana, suruh mereka buat bantahan. Sudah-sudahlah..semua orang akan mati suatu hari nanti.”
Ahmad Johari pula berkata:
“Tidak sensitif…daripada membazir tenaga di situ (protes), ada baiknya mereka mengumpul maklumat dan membantu usaha mencari…”
Bagi penulis, tidak salah untuk melahirkan kesedihan, namun pada masa yang sama mereka juga perlu melihat insiden ini dari segenap segi dan tidak hanya memikirkan perasaan mereka sahaja.



Post a Comment