Di antara banyak-banyak lontaran pendapat mengenai MH370 di laman media sosial China, terjumpa satu pandangan dari individu yang saya fikirkan sesuai untuk dikongsikan bersama dengan anda. Yang pastinya media seperti CNN dan Fox News tidak akan menyiarkan pendapat individu ini.
Adakah kita (China) terlalu beria-ria nak memboikot Malaysia? Ketepikan dulu soal boikot Malaysia. Kita sendiri tidak dapat berjaya memboikot Jepun yang suatu ketika dahulu juga telah membunuh beratus-ratus juga rakyat China. Diikuti negara seperti Vietnam dan Indonesia yang pernah membunuh ratusan ribu rakyat cina. Kenapa anda semua, terutamanya para selebriti China tidak memboikot ketiga-tiga negara berkenaan berbanding Malaysia?
Baiklah, jika anda semua berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia telah membunuh 153 penumpang warga China, maka Kerajaan Malaysia juga telah membunuh 38 penumpang + 12 anak kapal berstatuskan rakyat Malaysia, 12 penumpang Indonesia, 7 penumpang Australia dan 7 penumpang Amerika.
Baiklah, mari kita memboikot Malaysia yang suatu masa dulu menjadi negara pertama mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara China berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Kita juga perlu memboikot Malaysia yang secara konsisten kerana Malaysia telah menolak permintaan tentera Amerika Syarikat untuk membina pangkalan tentera mereka bertujuan mengawal perairan dan memantau pergerakan ketenteraan negara-negara di Asia Tenggara.
Kita perlu memboikot Malaysia yang mana, sempadan Pulau Spratly yang dimiliki China hanya terletak 80 kilometer dari luar pantai Malaysia dan Malaysia adalah satu-satunya negara yang tidak membuat apa-apa bantahan mengenai pengambilan pulau berkenaan.
Kita perlu memboikot Malaysia kerana mereka secara konsistennya menentang tindakan Filipina dan Vietnam yang berniat mengheret konflik Laut China Selatan untuk mendapat perhatian dunia.
Boikot Malaysia kerana mereka pernah membantu negara China menentang negara Jepun semasa era Perang Dunia Kedua.
Boikot Malaysia kerana telah menyumbangkan 3000 mekanik kereta dan pemandu semasa peperangan China dengan Jepun.
Marilah kita memboikot negara ini kerana membenarkan 5 juta rakyat Cina di Malaysia mengekalkan budaya, bahasa dan agama mereka secara bebas.
Marilah kita semua bersatu memboikot Malaysia yang selama ini mempunyai hubungan baik dan juga memberikan layanan dan kerjasama yang baik kepada China.
p/s: Jika anda tidak menyukai Kerajaan Malaysia bermakna anda harus membenci segala perkara mengenai Malaysia. Jadi, saya ingin bertanyakan soalan kepada artis China yang telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi:
"Sebagai seorang public figure, adakah anda sedar bahawa gesaan anda itu sebenarnya telah menyakiti orang melayu, Malaysia?"
Artikel di atas adalah dari warganegara cina China yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu.
Post a Comment