RESTON – Ahli pintar Matematik yang telah membuat congakan mengenai lokasi terakhir pesawat Air France di Atlantik bersedia untuk berbuat demikian sekali lagi bagi pesawat MH370 yang hilang.
Setakat ini, belum ada satu pun yang bertanya dengan Metron, sebuah firma perundingan saintifik untuk menyertai carian Boeing 777 tetapi itu tidak bermakna firma itu tidak mula bertindak dengan menggunakan beberapa data semasa dalam domain awam.
“Kami cuba membantu membuat perkiraan dengan semua data yang boleh didapati secara umum supaya kita boleh mula melakukan penilaian bebas,” kata Ketua Bahagian Aplikasi Matematik Lanjutan Metron, Van Gurley kepada AFP, Rabu.
Sekirannya penilaian yang dibuat dapat dikembangkan, “kami akan memberikannya kepada sesiapa sahaja yang berminat,” tambah Gurley di ibu pejabat Metron di Reston, Virginia, sebuah pinggir bandar Washington.
Ditubuhkan pada tahun 1982, dengan 170 kakitangan yang termasuk pakar-pakar dalam matematik, Metron menjalankan analisis matematik yang khusus untuk aplikasi keselamatan negara Amerika Syarikat, seperti sistem sonar.
Tetapi ia juga telah membangunkan protokol mencari dan menyelamat untuk digunakan Pengawal Pantai AS berdasarkan teorem, yang dibangunkan ahli perangkaan Inggeris, ahli falsafah dan menteri Presbyterian Thomas Bayes pada awal abad ke-18.
“Ia adalah satu kaedah berstruktur yang memaksa anda untuk melihat semua maklumat yang ada tentang masalah dan kemudian, faktor keyakinan, berapa banyak keyakinan dalam mana-mana bahagian maklumat,” kata Gurley.
Tiada sedikit pun data tunggal yang pernah dibuang, tetapi jika sebaik sahaja maklumat disahkan dari masa ke masa, apabila satu titik dalam imej satelit ternyata menjadi serpihan tulen, kebarangkalian bahawa item sasaran berkembang adalah di mana lokasi telah diberikan.
Dalam kes penerbangan Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009 dengan 228 orang di atas kapal, sasaran diberikan terhadap perakam data penerbangan di bahagian bawah lautan.
Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis BEA beralih kepada Metron bagi memikirkan tempat yang paling mungkin kotak hitam berada dan ia ternyata berjaya apabila ia ditemui semula pada Mei 2011.
Bagaimanapun, dalam kes itu, serpihan terapung dari Airbus A330 telah dikesan dalam tempoh seminggu dan kawasan carian ini terhad kepada diameter bulatan kira-kira 80 batu (130 kilometer) , kata Gurley.
Ia berbeza berbanding kawasan terpencil di Lautan Hindi di mana berkuasa Malaysia berkata ’122 objek yang berpotensi’ telah ditemui oleh satelit di baru-baru ini, dengan tiada satu pun serpihan disahkan daripada MH370 yang hilang.
“Semua orang mahu tahu di mana ia berada dan jawapannya ialah: kita tidak tahu,” kata Gurly yang duduk dekat dengan komputer yang menunjukkan dengan jelas keseluruhan Lautan Hindi.
Ditanya apakah sesuatu yang mungkin untuk mencari pesawat yang hilang tanpa mengetahui punca kehilangan, Gurley berkata cara teknikal untuk misi mencari telah ada, tetapi ia nampak sukar.
“Teknologi telah ada untuk mencari di bawah lautan di bahagian-bahagian dunia dan teruskan mencari,” kata beliau.
“Tetapi ia satu tugas yang amat mencabar dan saya fikir ia benar-benar bergantung kepada masa.” – AFP
Post a Comment