MH370: Pasukan SAR Berhadapan Cabaran Gunung Berapi Dasar Lautan Hindi

Posted by Blog Informasi


Misi operasi dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila pasukan tersebut berdepan cabaran menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung.
Menurut pakar yang terbabit dalam operasi tersebut, tiada jaminan dapat diberikan sama ada adakah mereka berjaya menemui bangkai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Sementara itu, penyelidik lautan dari University of New South Wales, Erik van Sebille menyatakan kawasan nahas itu dikenali di kalangan pelaut sebagai ‘roaring forties’ iaitu lautan tebusan.
VIDEO: Saksikan 'Kegarangan' Lautan Hindi
Selain itu, Lautan Hindi yang merupakan lautan ketiga paling besar di dunia memang sangat dikenali sebagai lautan yang sentiasa bergelora dengan keadaan ribut kencang dan ombak laut yang mampu mencapai sehingga 10 ke 15 meter ketika musim sejuk.
Sebelum ini, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 telah mengakhiri penerbangan mereka di tengah Lautan Hindi, Isnin lalu. – Mynewshub.my 



Post a Comment