Tak pasal-pasal nama hero dan heroin drama bersiri terbaharu Aku Isterinya, Izzue Islam dan Anzalna terpalit dengan kontroversi apabila mereka dikatakan ‘dingin’ di lokasi penggambaran.
Hal ini terjadi kerana isteri Izzue, Awin Nurin yang juga merangkap pengurus kepada Izzue dikatakan cemburu dengan aksi lakonan mereka menyebabkan terjadinya sedikit perbalahan di antara dua pelakon tersebut.
Perkara ini dikuatkan lagi apabila Izzue tidak hadir pada majlis pelancaran drama bersiri itu yang diadakan baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Anzalna berkata kepada sebuah akhbar harian, “itu masalah dia. Sewaktu bekerja saya harus profesional. Kalau dia cuba mengelak daripada bertemu saya, ingatlah bahawa industri ini kecil saja”.
“Saya tiada maslah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk Izzue. Kalau mahu menjayakan sesuatu kerja perlu ada profesionalisme dan tak boleh buat sesuka hati. Tidak semestinya babak romantik perlu berpeluk! Lontaran dialog saja pun sudah mencukupi. Kalau perkara itu pun tak boleh buat, baik jangan berlakon,” ulas pelakon jelita berusia 26 tahun ini.
Anzalna turut menambah sepanjang dirinya terlibat dalam bidang lakonan, dia tidak pernah sekali pun berdepan masalah untuk melakonkan sebarang babak intim dan romantis dengan pelakon lelaki yang sudah bergelar suami orang contohnya seperti Aaron Aziz dan Adi Putra.
“Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Adi Putra dan Aaron Aziz. Watak saya lagi jahat dan penggoda tapi tidak timbul pula sebarang isu,” ulasnya lagi.
Rasanya lebih baik Anzalna dan Izzue selesaikan masalah mereka secara baik kerana industri hiburan ini kecil, pusing-pusing jumpa juga orang yang sama.
Tak gitu? - MYNEWSHUB.MY
Post a Comment