Ustaz Azhar Idrus Pertahankan Tindakan Raja Bomoh? #MH370

Posted by Blog Informasi

26 Mac kelmarin, Raja Bomoh Sedunia sekali lagi mendapat perhatian media-media tempatan bilamana Raja Bomoh kali ini meneropong pula dari pantai bertempat di Pantai Sembilan.

Raja bomoh serta pengikutnya membuat satu ritual bertujuan bagi menyeru mayat-mayat penumpang pesawat MH370 untuk timbul ke pemukaan air.

Namun, bukan itu yang hendak diberitakan di sini. 

MMH tertarik dengan satu artikel yang diterbitkan oleh SuaraTV yang bertarikh 28 Mac yang memaparkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus yang didakwa mempertahankan tindakan 'Raja Bomoh' semenjak kebelakangan ini.


Dikala rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini berasa malu dengan perbuatan pelik Raja Bomoh itu, Ustaz Azhar pula lain pandangannya. Memetik dari portal SuaraTV, beliau menyelar mana-mana pihak yang menghukum tindakan Raja Bomoh itu sebagai syirik dan murtad.

Menurutnya lagi, tidak semua tindakan bomoh atau lebih dikenali sebagai pengamal perubatan tradisional itu boleh dianggap sebagai haram. Ini kerana, ada sebahagian daripadanya merupakan sunah nabi Muhammad SAW.

“Bomoh (ini) bukan makna syirik. Bomoh bermakna pengamal perubatan tradisional, adakala syirik adakala tak. Kalau dia baca ayat al-Quran tiup di air, suruh mandi (itu pun dikategorikan sebagai) tok bomoh juga, orang tak panggil doktor betul tak?

“Dah haram tak buat macam tu? Sunnah nabi (saw), baca ayat al-Quran baca Al-Fatihah tiup di air, faham?” soal beliau ketika menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.


Tindakan Raja Bomoh di KLIA sebelum ini mendapat kritikan hebat dari masyarakat dalam dan luar kerana dianggap memalukan negara. Akibatnya, ramai yang ingin memberikan tamparan kokedai kepadanya. Namun tiada peluang untuk berbuat demikian.

“Baca yang pelik-pelik, baru tak boleh! Faham? Jangan gaduh nak tuduh orang syirik” ujar beliau lagi.

Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh Raja Bomoh sebelum ini memang agak memalukan. Namun, perbuatannya itu masih boleh dimaafkan.


“Yang tikar terbang tikar terbang lah, tapi jangan kita kata syirik. Kalau benda tu maknanya nakal, memang nakal. Makna bodoh pun boleh tapi jangan tuduh syirik sebab syirik ni dosa yang sangat besar, faham? Biar kita ada ilmu nak kata syirik, takut balik ke kita semula.

“Jangan gaduh, dengar dia ada puja tak? dia ada sebut nama jembalang tak? ada bangkitan nama yang mengarut-ngarut tak? kalu macam tu, (tidak) syirik, faham? Orang sekarang dia terus kata syirik, dah dia baca apa? kalau dia baca ayat al-Quran, boleh tak? boleh!” bidas beliau lagi.



Post a Comment