CNN Kritik Malaysia, Tapi MAS Pernah Cipta Rekod Dunia Dengan Boeing 777-200ER

Posted by Blog Informasi


DALAM pada media antarabangsa dan beberapa pihak mengecam serta mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis, ramai yang mungkin tidak menyedari pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang penumpang dalam kejadian pesawat MH370 adalah pesawat yang mencipta rekod dunia pada tahun 1997.
Pada 2 April 1997, pesawat berkenaan dengan nombor pendaftaran 9M-MRA memecahkan rekod penerbangan paling jauh tanpa pendaratan menggunakan pesawat dua enjin iaitu sejauh 20,444km selama 21 jam 23 minit.
Kejayaan itu dilakukan sempena ulangtahun MAS yang ke-50 tahun pada masa itu.
Ia berlepas dari Lapangan Terbang Boeing Field di Seattle, Amerika Syarikat dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengisi semula minyak sebelum berlepas semula ke Seatlle.
Pesawat itu ketika berhenti di KLIA hanya mengambil masa kurang dua jam sebelum kembali berlepas kembali ke Amerika Syarikat.
“Dalam penerbangan balik ke Seattle, kami terbang ke arah Selatan menghala ke Indonesia, melalui Pulau Guam dan kemudian terus ke Seatlle.
“Untuk menerbangkan sebuah pesawat selama 42 jam mengelilingi dunia.. Ia satu pengalaman menarik dan saya tidak akan melupakannya selama saya hidup,” kata Juruterbang MAS Kapten Izham Ismail yang mengendalikan pesawat mencipta rekod berkenaan.
Terbukti MAS dan juruterbang Malaysia bukanlah calang-calang syarikat penerbangan malahan pernah memecahkan rekod dunia penerbangan selama 42 jam dari Seatlle-Kuala Lumpur-Seatlle.
Tuduhan media antarabangsa yang memperlekehkan negara dalam pengurusan krisis sebenarnya tidak patut dilayan kerana MAS mempunyai kepakaran dan kemahiran cukup dalam mengendalikan krisis berkaitan kehilangan pesawat MH370 ini. –MYNEWSHUB.MY



nordin omor said...

info penguat semangat bagi mereka yang mengikuti perkembangan mh370..thanks.

Post a Comment