[Gambar] Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia

Posted by Blog Informasi


Jom Lihat Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia – Dari tajuknya saja kita sudah bertanya-tanya, berapa dalamnya kolam renang paling dalam di dunia ini ?  Kolam renang paling dalam di dunia yang terletak di Nemo 33 Belgium ini mempunyai kedalaman kira-kira 34.5 meter!
Kolam renang ini sangat tidak disyorkan untuk kita yang belum boleh berenang. Nemo 33 ini sudah secara rasminya tercatat namanya di Guinness Book World of Records. Untuk memenuhi kolam ini, diperlukan air sebanyak 660.500 gelen atau sekitar 2.5 juta liter. Wow!
Kolam renang ini juga di lengkapi dengan pengatur suhu air. Jadi, semasa musim sejuk atau panas, suhu air dalam kolam ini akan tetap stabil. Untuk menyelam ke titik paling dalam, kita perlu terlebih dahulu mendaftarkan diri untuk mengikuti beberapa latihan asas. Kita juga akan dilengkapi dengan pakaian diving, lengkap dengan google dan tabung oksigen.
Kolam ini juga dilengkapi kaca telus, pengunjung akan dapat melihat kita yang sedang menyelam melalui kaca telus tersebut seperti di seaworld.





Tengok Video Di Sini:



Post a Comment