- Buat Satu Diari Makanan ~ Rekod dalam sehari berapa kerap dan berapa banyak kita makan. Ia mampu mempengaruhi semangat kita untuk menurunkan berat badan.
- Kurangkan Pengambilan Gula ~ Setiap 1 sudu mengandungi sekurang-kurangnya 32kcal kalori. Elak minuman bergas, sebab ia mengandungi sekurang2nya 7-8 sudu gula.
- Amalkan Aktiviti Fizikal ~ Contoh : Berjalan cepat, menaiki tangga, berenang, bersenam/regangan dan berbasikal.
- Lebihkan Sayuran Dan Buah ~ Snek yang terbaik, sumber vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.
- Kurangkan Kadar Pengambilan Lemak & Kolestrol ~ Contoh : Marjerin, mentega, makanan berminyak dan bergoreng.
- Pilih Piring Rata ~ Ambil sayur dahulu, kemudian baru nasi dan lauk. Kalau nak tambah, hanya ambil sayuran. Makan di meja makan, jangan makan sambil menonton tv.
- Amalkan 25 Langkah Selepas Makan ~ Amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu membakar sebahagian kalori yang telah dimakan. Setiap 25 langkah berjalan, 1 kalori akan terbakar. Naik tangga pun boleh...tapi kena pastikan dilakukan dengan santai. Jangan malas yerrr....
- Fokus Untuk Sihat Bukan Kurus ~ Ubah fokus dan persepsi kita untuk kekal sihat utk jangkamasa panjang, bukan matlamat hanya untuk kurus.
- Amalkan Senaman Kempiskan Perut ~ Contoh latihan pergerakan hula hoop. Pergerakan ni lebih kurang dengan tarian gelek, dangdut dan hula hula.
- Makan Secara Perlahan-Lahan ~ Apabila makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan. Jadi, tak perlu makan banyak.
- Elak Berbelanja Ketika Perut Kosong ~ Ia untuk mengelakkan daripada kita makan lebih banyak.
- Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan ~ Pengambilan garam berlebihan akan menggalakkan takungan air di dalam tubuh.
- Amalkan Minum Jus Limau Nipis ~ Selain minum air putih sebanyak 8 gelas sehari, inuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Seeloknya tanpa gula.
- Jangan Terlalu Kerap Timbang Berat ~ Kalau timbang setiap hari, kita tak nampak bezanya. Silap2 kita boleh berputus asa untuk berdiet selepas timbang berat.
- Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan ~ Contoh : Kopi. Berkumur beberapa saat sebelum makan. Dengan cara ini, tekak akan terasa pahit. Ini merupakan isyarat kepada otak untuk menggalakkan rembesan enzim dan asid hidroklorik. Kekurangan enzim dan asid hidroklorik dalam perut boleh menjejaskan sistem penghadaman.
- Ambil Makanan Berempah ~ Rempah seperti cili dan biji sawi membantu membakar kalori dalam badan. Lada hitam membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman dan meningkatkan proses pembakaran lemak.
- Cara Memasak Yang Betul ~ Contoh : Merebus, memanggang dan mengukus. Mampu mengurangkan kalori dalam makanan. Sayuran, disaran menumis dengan sesudu minyak masak.
- Ambil Lebih Banyak Bijiran & Kekacang ~ Sumber utama tenaga. Banyak mengandungi karbohirat komplek, protein, vitamin, mineral di samping sedikit lemak.
- Kawal Selera Makan ~ Berus gigi atau kunyah gula-gula getah jika secara tiba-tiba terasa ingin makan. Rasa pudina boleh membantutkan selera.
- Elakkan Berlapar ~ Menyebabkan kadar metabolisme rendah dan cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan.
Home »Unlabelled » 20 Tips Langsing Tanpa Ubat
20 Tips Langsing Tanpa Ubat
Posted by Blog Informasi
Post a Comment