VIDEO: Kenderaan Dilarikan Akibat Tak Matikan Enjin

Posted by Blog Informasi


GARA-GARA meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin, seorang pemandu berputih mata apabila kenderaannya dilarikan di sebuah stesen minyak.
Kejadian yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan itu berlaku di Taman Impian Emas, Skudai, Johor.
Dipercayai pemandu itu meninggalkan kenderaannya untuk ke kaunter bagi membuat pembayaran sebelum mengisi minyak.
Pada masa yang sama, sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki dilihat berhenti tidak jauh dari kenderaannya sebelum seorang daripada mereka bertindak masuk ke dalam kenderaan tersebut dan melarikannya.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada kenderaan itu sudah berjaya ditemui semula atau tidak.



Post a Comment