SEORANG lelaki dikejarkan ke hospital selepas kerongkongnya dikelar dalam sebuah kedai gunting rambut.
Saksi melihat mangsa meninggalkan salun Jack's di Newcastle sambil memegang lehernya dalam keadaan berlumuran darah di kaki lima.
Drama mengerikan itu berlaku sekitar pukul 5 petang iaitu ketika ratusan orang awam sedang bergerak menuju ke stesen tren berhampiran.
Seorang lelaki yang enggan dikenali berkata: "Mangsa dibawa oleh ambulan dan dia kelihatan memegang lehernya.
"Kami melihat dia berada dalam ambulan sambil lehernya berbalut." - mstar Online
Post a Comment