Bila artis sendu bersuara, inilah hasilnya. Bila bakat dah tak digilap (suara tak sedap pun), macam-macam dilakukan oleh golongan orang dahagakan perhatian ini untuk kembali popular di laman sosial.
Tweet kontroversi yang ditweet oleh Jason Lo ini secara tidak langsung memaparkan kedunguan dirinya yang jelas dan nyata. Bagaimana seseorang individu yang beragama islam boleh meminta perkara yang tidak masuk akal seperti ini?
Jika Jason Lo berkata sudah tiba masanya remove islam from IC, rasanya sudah tiba masanya Jason Lo dibuang negara kerana mempertikaikan perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh seseorang rakyat Malaysia.
Akibatnya? Akibatnya speaker DUN Selangor pula mengambil kesempatan di atas isu tersebut. Pastinya Jason Lo kini berbangga kerana dia berjaya mengoncang Malaysia seketika.
Untuk makluman, Jason Lo tidak pernah menggunakan nama dirinya yang sebenar sebagai seorang muslim. Dia lebih selesa menggunakan nama comercialnya yang tidak menampakkan dirinya seorang islam.
Kini Jason Lo dikecam ramai pihak di Twitter. Dalam sedikit masa lagi, pasti dia akan meminta maaf dan mengatakan itu hanyalah pandangan peribadinya sahaja.
Begitu mudah kan orang-orang ternama ini buat hal dan meminta maaf. Jika orang awam, pastinya disiasat oleh SKMM dan PDRM. Justeru, kita sendiri hairan apakah standard yang dimainkan oleh kedua-dua agensi ini?
Tertanya-tanya juga apa pendirian KJ dalam hal ini? Adakah KJ akan menganggap tweet Jason Lo itu hanyalah kenyataan seksis? LOL - My Media Hub
p/s: kalau KJ sokong dia, kita remove sekali KJ dari Malaysia. Agree?
UPDATE 10.49 AM
Tweet terbaru dari Menteri Belia & Sukan, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan rakan baiknya itu. Alhamdulillah..
UPDATE 10.49 AM
Tweet terbaru dari Menteri Belia & Sukan, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan rakan baiknya itu. Alhamdulillah..
KJ, please berus kepala Jason Lo tu.. IQ low sangat..
Post a Comment