Semalam, telah berlangsungnya konsert berskala besar oleh penyanyi popular Hollywood, Taylor Swift di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dianggarkan telah dihadiri sebanyak 7,500 peminat setia penyanyi berusia 25 tahun ini.
Kedatangan Swift yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia adalah untuk mempromosikan album terbaharunya, Red selain menghiburkan pengunjung konsert dengan barisan lagu hitsnya seperti Love Story, 22, Mean dan You Belong With Me.
Yang menariknya, Swift turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dalam Bahasa Malaysia sebagai menghargai peminatnya selain menghadiahkan seorang peminat bertuah dengan topi yang dipakainya semasa membuat persembahan semalam. - MYNEWSHUB.MY
Post a Comment