Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kepada portal RotiKaya hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.
Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.
Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Dalam pada itu, memetik laporan dari Portal OhBulan!
Ayu Raudhah Dakwa Bukan ID Zaquan Adha, Sudah Tahu Lebih Awal
Dalam masa beberapa jam sahaja, foto screenshot yang didakwa merupakan perbualan antara Zaquan Adha dengan seorang gadis cheerleader JDT sudah menjadi bahan viral di internet.
Mana taknya, memegang status sebagai suami kepada Ayu Raudhah dan juga merupakan pemain bola sepak terkenal, sudah tentu gosip panas tersebut menular dengan pantas.
Bagaimanapun, Ayu ketika dihubungi sebentar tadi telahpun memberi penjelasan kepada kami berkenaan isu ini. Apa agaknya respon si isteri ya?
Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya. So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini.Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan.”
Ayu tidak menafikan bahawa perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu yang berniat mahu merosakkan kebahagiaan rumahtangga yang dimilikinya kini.
“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tapi yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini.”
P/S: Ada yang dengki dengan rumahtangga Ayu dan Zaquan ke?
Post a Comment