Kuala Lumpur: Hubungan terlarang seorang wanita dengan abang iparnya berakhir dengan tragis apabila dia mati dipercayai dibunuh lelaki itu di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, dekat sini, semalam.
Mayat mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan bogel dan berselimut di atas tilam dengan kesan lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya di dalam bilik tingkat satu hotel itu selepas mendapat panggilan telefon daripada suspek yang memberitahu dia bertanggungjawab ke atas kematian mangsa.
Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, dalam panggilan telefon itu suspek memberitahu dia sudah berada di Perak dan akan membunuh diri dengan meminum racun.
ANGGOTA polis membawa masuk mayat ke dalam trak polis untuk dibawa ke PPUM.
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Supritendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4 petang semalam berhubung penemuan mayat mangsa. -HarianMetro
Post a Comment