KUANTAN: Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian warga Britain Gareth David Huntley yang mayatnya ditemui di Sungai Mentawang, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, setakat ini polis masih meneliti beberapa perkara sebelum dapat mengenal pasti punca kematian lelaki itu.
"Kita dah serah kepada pihak hospital untuk bedah siasat...setakat ini punca kematian belum dapat dipastikan dan perlu siasatan lanjut.
"Jangan sebut pasal media asing. Penemuan kita adalah mengikut kata pakar perubatan dan undang-undang. Dalam siasatan yang dijalankan setakat ini terhadap kawasan kejadian tidak ada unsur-unsur jenayah," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.
Kenyataan beliau sekali gus menyanggah laporan media asing yang mendakwa kematian Huntley berunsur jenayah.
Sharifuddin juga mengesahkan lelaki itu mati dalam tempoh tiga hari atau lebih ketika mayatnya ditemui.
Huntley, 34, seorang sukarelawan di Pusat Konservasi Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman ditemui mati di sungai tersebut selepas dilapor hilang ketika pergi ke air terjun Lubuk Teja berseorangan kira-kira pukul 12 tengah hari 27 Mei lepas.
Mayat Huntley telah dituntut oleh keluarganya pada Isnin dan akan dibawa pulang ke Britain esok untuk pengebumian.
Terdahulu Sharifuddin merasmikan Program Derma darah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan sempena Hari Polis ke-207.
Sebanyak 300 pegawai dan anggota PDRM serta ATM menderma darah pada program sehari itu.-mstar Online

Post a Comment