Memetik laporan dari PDRM semalam:Memetik laporan dari PDRM semalam:
PERKEMBANGAN KES PELAJAR PEREMPUAN DIBULI DI SARAWAK:
Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.
ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
2 JUN 2014
Punca sebenar kes buli pelajar wanita di Sekolah Menengah Kota Samarahan Sarawak. Mangsa iaitu pelajar perempuan tingkatan tiga telah dipukul oleh tiga pelajar senior selepas berlaku salah faham antara mereka yang berpunca daripada masalah di asrama.
Mangsa dibelasah kerana suspek mengesyaki mangsa mengadu kepada pihak sekolah yang mereka mencuri baju sukan di asrama.
Berdasarkan maklumat terkini, tiga suspek pelajar tingkatan empat telah ditahan polis untuk siasatan lanjut dan kini sudah dibebaskan dengan jaminan.
Terdahulu, rakaman video yang dipercayai berlaku pada 25 April 2014 telah tersebar dilaman sosial secara viral pada 2 Jun 2014.
Post a Comment