Wakil Kelab Myvi Ada Banyak Saman, Dakwa Kenal ‘Orang Dalam’

Posted by Blog Informasi

Wakil Kelab Myvi Ada Banyak Saman, Dakwa Kenal ‘Orang Dalam’
Wakil Kelab Myvi Ada Banyak Saman, Dakwa Kenal ‘Orang Dalam’
|SEMALAM, seluruh negara digemparkan dengan satu laporan kemalangan menyayat hati yang menimpa tiga beranak yang menemui ajal setelah kenderaan dinaiki dilanggar kereta jenis Perodua MyVi.
Menurut saksi kejadian, kecelakaan tersebut berpunca daripada tindakan enam buah MyVi berlumba di atas jalan raya sebelum ia bertukar menjadi insiden berdarah.
Tindakan dangkal tersebut mengakibatkan dua kanak-kanak menjadi yatim piatu serta merta selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia di tempat kejadian bersama adik bongsu yang baru berusia enam bulan.
Ibarat peribahasa baling batu sembunyi tangan, baki lima pemandu kereta yang dikatakan berlumba telah menghilangkan diri.
Selepas kejadian, salah seorang ahli Familia MyVi Club, kelab yang dinaungi pemandu-pemandu MyVi berkenaan turut tampil menafikan andaian bahawa ahlinya menjadi punca, malah menyeru semua pihak menghentikan khabar angin.
Amboi, betul ke mereka tak terlibat ataupun ia hanyalah penafian untuk back-up kawan-kawan?Ternyata, satu pendedahan terbaharu oleh seorang individu menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh individu bernama Yana itu hanyalah sandiwara untuk menutup cerita sebenar.
1
Melalui satu perbualan di medium Whatsapp, ahli-ahli Familia MyVi Club dilihat memperkatakan tentang insiden tersebut. Nah, anda bacalah sendiri dan buat penilaian.
Selain itu, kenyataan Yana yang menafikan ahli kelab tersebut sedang berlumba ketika kejadian, tidak disokong dengan satu imej yang memaparkan kenyataan di laman Facebook rasmi FMC yang terang-terang mengakui mereka suka berlumba!
“Kami Suka Berkonvoi, Kami Suka Lakukan Aktiviti, Kami Suka Layan Corner Genting Dan Banyak Lagi.”
Apa maksud si pengendali laman tersebut yang menulis diskripsi ‘suka layan corner Genting?’ Sekali lagi, pembaca nilailah sendiri…
1
Sementara itu, seorang individu yang juga ahli kelab tersebut, Che Danial Aniq, menulis di laman rasmi MyVi Club mengakui bahawa pemandu enam buah MyVi tersebut sememangnya sedang berlumba!
1
Lagi menambahkan kesangsian, individu bernama Yana itu rupa-rupanya memiliki 11 saman jalanraya dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM2 ribu!
Sepatutnya, kejadian seperti ini menjadi iktibar buat ahli kelab tersebut untuk menghentikan kegiatan tak berfaedah dan membantu pihak polis untuk menyelesaikan kes kemalangan ini.
Tak usahlah nak menyembunyikan cerita sebenar, ‘bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?’
Rakaman Tangisan Anak Mangsa Kemalangan 



Post a Comment