10 tahun lalu, seorang remaja bernama Jawed Karim telah memuat naik video pertama beliau ke YouTube.
Video selama 18 saat bertajuk “Me at the zoo” memaparkan Jawed Karim, iaitu co-founder youtube sedang berdiri berdekatan sekumpulan gajah di Zoo San Diego.
Jawed Karim memuat naik video yang berkualiti rendah tersebut sebulan sebelum YouTube dibuka kepada umum dalam versi beta pada bulan Mei 2005. Kemudian pada November 2005 YouTube dilancarkan secara rasmi.
Apabila YouTube dibeli oleh Google, Jaweb Karim menerima 137,443 saham yang bernilai sekitar USD64 juta. Jaweb Karim kemudiannya mengorak langkah dengan menyertai Youniversity Ventures yang melabur dalam berbagai syarikat termasuk Airbnb.
Post a Comment