Kenapa biskut mempunyai banyak lubang kecil?

Posted by Blog Informasi




Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan biskut yang berada di pasaran mempunyai beberapa lubang di atasnya? 

Ya... kebanyakan daripada kita hanya pandai makan biskut je tanpa mengetahui sebab biskut itu mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Lubang-lubang kecil itu bukan untuk hiasan atau suka-suka tetapi ada fungsinya. 

Biskut-biskut ini dibuat lubang adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Biskut akan mengeluarkan wap atau haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan menjadikan biskut kelihatan buruk. 

Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.

Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ianya akan menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalu banyak wap yang keluar dan kalau terlalu jauh sangat, gelembung yang hodoh akan ada pada permukaan biskut. 

Harap info ini dapat menambah pengetahuan am anda! 



Post a Comment